Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah!
Sampaikan selawat ke atas Rasulullah dan keluarganya.
Ya Allah! Wahai Yang Menyaksikan setiap rintihan. Wahai tumpuan setiap
pengaduan. Wahai Yang Mengetahui semua rahsia. Wahai Pengakhir dari segala
keperluan. Wahai Yang Memulai dengan kenikmatan pada semua hamba-Nya. Wahai
yang mulia ampunan-Nya. Wahai yang baik maghfirah-Nya. Wahai Yang Maha
Dermawan. Wahai Yang dari-Nya tidak tersembunyi kegelapan malam, lautan yang
berderu, langit yang berawan tebal dan gelap bercampur badai. Wahai Yang di
sisi-Nya gelap menjadi cahaya.
Daku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang mulia, yang apabila
Dikau nampakkan pada gunung ia hancur dan Nabi Musa pun jatuh tersungkur. Dengan
Asma-Mu yang tersimpan kukuh, yang tertulis dan suci, yang apabila berdoa
kepada-Mu dengannya Dikau makbulkan, dan bila meminta Dikau tunaikannya.
Dengan Asma-Mu yang suci, yang quddus dan jelas, yang berupa cahaya di atas
semua cahaya, cahaya dari cahaya yang menyinari semua cahaya. Yang jika sampai
ke bumi ia terbelah, bila sampai ke langit ia terbuka, dan bila sampai ke arasy
ia bergoncang.
Wahai Yang Maha Mengabulkan doa! Dengan hak semua nama dan doa yang telah
daku sebutkan. Daku memohon kepada-Mu, ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan
yang akan datang, yang kami sembunyikan dan yang kami nampakkan, Dikau lebih
mengetahui daripada kami, sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ampunilah dosa-dosa kami dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua
yang mengasihi.
Wahai Yang Menjaga setiap yang terasing. Wahai Yang Menghibur setiap yang
sendirian. Wahai Yang Menguatkan setiap yang lemah. Wahai Yang Menolong setiap
yang teraniaya. Wahai Yang Memberi rezeki setiap yang berhalangan. Wahai Yang
Menghibur setiap yang terhempas. Wahai Yang Menemani setiap musafir. Wahai Yang
Menjaga setiap hadirin. Wahai Yang Mengampuni semua dosa dan kesalahan.
Wahai Yang Melindungi setiap yang memohon perlindungan; Wahai Yang Menolong
setiap jeritan yang mencari pertolongan; Wahai Yang Menghilangkan derita
orang-orang yang menderita; Wahai Yang Menggembirakan duka orang-orang yang
berduka; Wahai Yang Menciptakan langit dan bumi; Wahai Pengakhir tujuan para
pengharap; Wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang sengsara; Wahai Yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Wahai Tuhan alam semesta; Wahai Yang
Membalas pada Hari Pembalasan.
Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang dermawan; Wahai Yang Paling
Mulia dari semua yang mulia; Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang
mendengar; Wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat; Wahai Yang Maha
Kuasa dari semua yang berkuasa.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengubah kenikmatan. Ampunilah dosa-dosaku yang
mewarisi penyesalan. Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana. Ampunilah
dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan. Ampunilah dosa-dosaku yang menahan doa.
Ampunilah dosa-dosaku yang menahan turunnya hujan. Ampunilah dosa-dosaku yang
mempercepatkan kebinasaan. Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan penderitaan.
Ampunilah dosa-dosaku yang mengelapkan hati. Ampunilah dosa-dosaku yang
menutupi tirai. Ampunilah dosa-dosaku yang tiada memaafkannya kecuali Dikau, Ya
Allah!
Jauhkan dariku setiap akibat buruk dari makhluk-Mu. Jadikan urusanku
kebahagiaan bagiku, jalan keluar dan kemudahan. Tanamkan ke dalam dadaku
keyakinan pada-Mu, dan ke dalam qalbuku harapan pada-Mu. Sehingga daku tidak
berharap kepada selain-Mu.
Ya Allah! Jagalah daku dan selamatkan daku dalam keadaanku ini. Temani daku
pada malam dan siangku, di depan dan di belakangku, di kanan dan kiriku, di
atas dan di bawahku.
Mudahkan daku dalam perjalanan. Muliakan daku dengan kemudahan. Jangan
hinakan daku dengan kesukaran. Berilah daku petunjuk Wahai Pemberi petunjuk
yang terbaik. Jangan biarkan daku sendirian dalam segala urusanku. Karuniakan
padaku setiap kebahagiaan.
Kembalikan daku pada keluargaku dengan kejayaan dan keselamatan yang
dihiasi kebahagiaan, cepat atau lambat. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas
segala sesuatu.
Anugerahkan padaku kurniaan-Mu. Luaskan bagiku rezeki-Mu yang baik.
Anugerahkan padaku kekuatan beramal untuk beramal dalam ketaatan pada-Mu. Selamatkan
daku dari seksa-Mu dan neraka-Mu. Masukkan daku ke syurga-Mu dengan rahmat-Mu
ketika daku kembali kepada-Mu.
Ya Allah! Sungguh daku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu,
berubahnya keselamatan-Mu, datangnya seksa dan azab-Mu. Daku berlindung
kepada-Mu dari bala yang berat dan kesengsaraan, dari takdir yang buruk dan
kejahatan musuh-musuh-Mu, dari keburukan yang datang dari langit dan keburukan
yang disebutkan dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah! Jangan golongkan daku dengan orang-orang yang buruk dan penghuni
neraka. Jangan halangi daku untuk bersahabat dengan orang-orang yang baik.
Hidupkan daku dengan kehidupan yang baik; Matikan daku dengan kematian yang
baik yang membawa daku pada orang yang baik. Anugerahkan padaku persahabatan
dengan para Nabi di tempat yang benar di sisi Pemilik Yang Maha Kuasa.
Ya Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada kebaikan
ujian-Mu dan ciptaan-Mu. Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada
agama Islam dan mengikuti sunnah Nabi-Mu.
Wahai Tuhanku! Sebagaimana telah Dikau tunjuki mereka pada agama-Mu dan
Dikau ajarkan kepada mereka kitab-Mu, maka tunjuki kami dan ajari kami.
Segala puji bagi-Mu yang telah membawa daku pada kebaikan ujian-Mu dan
ciptaan-Mu secara khusus bagiku. Sebagaimana Dikau ciptakan daku lalu Dikau
jadikan daku dengan ciptakan yang baik, Dikau ajari daku lalu Dikau baikkan
pengajaran padaku. Dikau tunjukkan daku lalu Kau baguskan petunjuk bagiku.
Segala puji hanya milik-Mu puji atas segala nikmat yang telah Dikau berikan
padaku yang dahulu atau yang baru.
Betapa banyak penderitaan pada Junjunganku yang Dikau bahagiakan. Betapa
banyak kesengsaraan Junjunganku yang Dikau hilangkan. Betapa banyak kesukaran
Junjunganku yang Dikau lepaskan. Betapa banyak cubaan Junjunganku yang Dikau
singkirkan. Dan betapa banyak aib Junjunganku yang Dikau rahsiakan. Segala puji
hanya milik-Mu puji dalam segala keadaan, tempat dan waktu, dalam keadaan ini
dan segala keadaan.
Ya Allah! Jadikan daku tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang memperoleh
bahagian yang paling utama pada hari ini dari kebaikan yang Dikau bahagikan
atau penderitaan yang Dikau hilangkan; Kesulitan yang Dikau singkirkan, cubaan
yang Dikau tolakkan, kebaikan yang Dikau curahkan, rahmat yang Dikau sebarkan,
keselamatan yang Dikau berikan. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala
sesuatu. Hanya di tangan-Mu semua khazanah langit dan bumi.
Dikau Maha Esa, Maha Mulia dan Maha Pemberi. Dikaulah yang tidak menolak
orang yang memohon, yang tidak mengsia-siakan orang yang berharap, yang tidak
kekurangan sedikit pun kurnia-Nya kerana orang yang memperolehinya dan tidak
akan habis segala yang ada di sisi-Nya. Bahkan bertambah banyak kebaikan-Nya,
pemberian dan kepermurahaan-Nya.
Kurniakan padaku dari khazanah-khazanah-Mu apa yang tidak pernah musnah dan
dari rahmat-Mu yang sangat luas. Sesungguhnya pemberian-Mu tidak pernah
terhalang. Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu; Dengan rahmat-Mu, Wahai Yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Mafâtihul Jinân: Bab 2,
Fasal 5
http://shafiqolbu.wordpress.com
No comments:
Post a Comment