Hikmat 15
Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai - ada persamaan dengan warisan hikmat ini. Ada 2 maksud di sini.
Pertama: jika takut risiko memang tak akan mengusahakan. Kedua : Jangan
melakukan, mengusahakan jika tidak atau kurang berilmu.
Ilmu dan keberanian menghadapi
risiko adalah amat penting dalam menjalani kehidupan anda. Risiko ada di
mana-mana, sama ada ia risiko besar atau kecil. Keberanian anda menghadapi
risiko, menentukan berapa jauh anda boleh pergi. Ramai yang bercita-cita besar
mahukan kejayaan dan kekayaan tetapi tidak berani atau tidak mahu menghadapi
risiko. Enggan menghadapi risiko sama buruknya dengan kekal di alam kegagalan.
Orang yang takutkan risiko adalah penghuni alam kegagalan. Sebaliknya, orang
yang mahukan kejayaan cemerlang di dalam hidup mestilah meneliti, mengukur,
mempelajari risiko, kemudian menghadapinya dengan keberanian dan penuh waspada.
Hanya orang yang berilmu dan
menggunakan ilmu tersebut, barulah mampu membina kejayaan cemerlang. Jangan
sekali-kali menceburi sesuatu bidang tanpa berbekalkan ilmu pengetahuan. Ilmu
ada di mana-mana saja, boleh anda pelajari dengan segera, asalkan anda mahu
mempelajari.
Berilmu dan sanggup menghadapi
risiko yang telah disahkan boleh membawa anda ke arah kejayaan cemerlang
berterusan.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment