3.1 Jangan
mengungkit pertolongan yang dihulurkan
Saya ada seorang adik dan beliau adalah seorang doktor. Saya agak kecewa
dengan sikapnya kerana dia selalu mengungkit bahawa hanya dia seorang sahaja
yang selalu membantu ayah yang sedang sakit
Jangan sesekali menyebut kembali kebaikan yang pernah anda lakukan. Anda
mungkin sedang diuji oleh Allah swt melalui orang yang pernah anda tolong
dahulu. Doakanlah supaya dia berubah dan suatu hari nanti dia juga senang
membantu orang lain.
Jika anda membantu orang lain kemudian tiba pula waktu anda memerlukan
pertolongan, jangan cepat menghukum. Maafkan dia kerana dia mungkin dia juga
tidak berkemampuan, ataupun sedang menghadapi masalahnya sendiri. Sehinggakan
dia tidak mampu memberi pertolongan seperti yang anda harapkan.
Setiap manusia belajar daripada pengalaman dan manusia juga menjalani
evolusi dan kesedaran. Kehidupan manusia sebenarnya berdasarkan ilmu yang dia
tahu dan kesedaran mereka terhadap apa yang pernah mereka lakukan. Oleh itu,
hargailah setiap apa yang dilakukan, contohnya memberikan kata-kata penghargaan
dan sebagainya, semoga dia berubah, belajar daripada pengalamannya dahulu dan
tahu menghargai orang lain.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan, 2012
No comments:
Post a Comment