Hikmat 4
Paku lain tak mungkin akan
diketuk sebab ia tenggelam pada papan atau kayu, tetapi paku yang menonjol
terpaksa diketuk kerana bimbang akan memudaratkan orang, atau dirasakan paku
yang menonjol itu menganggu atau bakal menganggu.
Persamaannya – bila anda menonjol
dalam apa saja bidang, lebih dari orang lain, bersedialah untuk diketuk. Terlalu ramai orang yang
memegang tukul bersedia untuk mengetuk pada bila-bila masa. Di sekeliling kita
ini ramai yang susah melihat orang
senang, senang melihat orang susah. Bila anda tenggelam, tidak akan ada
siapa yang mempedulikan anda.
Keburukannya pula anda akan cuba
dijatuhkan, disingkirkan, diketuk hingga
anda terbuang dan tidak lagi menonjol. Keburukan lain – anda akan mula
mempunyai musuh. Bukan anda memusuhi tetapi anda dimusuhi. Begitulah, setiap
kebaikan, pasti terselit keburukan.
Jadi, sebaiknya anda bersedia dan
tahu bahawa sebaik saja anda menonjol, akan ada yang berusaha untuk mengetuk.
Sentiasa waspada dan mempunyai perancangan khusus untuk menghindari dari kena ketuk. Juga, jangan sekali-kali memusuhi
orang. Tak mengapa orang memusuhi anda asalkan anda tidak memusuhi orang lain.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment