Aku tidak mahu
terasa
orang lain yang
berasa
aku jaga lebih
dari apa
Aku diam orang
berkata
dalam diam
kukawal kata
harap terbit
butirnya intan
cahaya kemilau
terang
biar aku rela
lebih sudi
ditikam sembilu
kata rakan sendiri
pernah sinarnya
membalik peribadi
menukar bayang
diri.
A. Aziz Deraman
5 Mac 1998
Bahtera Madani, DBP
No comments:
Post a Comment