1.3 Pemudahkan
memberi kemaafan.........
Ahmad telah memaafkan
kesalahan rakannya. Tetapi dia masih ragu-ragu samaada mereka masih boleh
berkawan baik semula.
Orang yang melakukan kesalahan, sebenarnya berada dalam aura atau ekspresi
yang berlainan. Manakala orang yang telah memaafkan juga berada dalam ekspresi
yang berlainan. Terdapat 3 ekspresi pada diri manusia iaitu :
a) Fizikal
b) Rohani
c) Emosi
Antara ketiga-tiga ekspresi ini, rohani adalah paling tinggi. Unsur
kerohanian yang tinggi akan membawa diri lebih hampir kepada Allah, sekaligus
mudah menerima dan menyesali kesilapan.
Apabila seseorang itu membuat kebaikan, seperti mudah memaafkan orang,
dengan sendirinya kehidupannya akan bertambah baik. Orang yang memaafkan itu
akan melihat kehidupannya lebih aman dan harmoni.
Hal ini dapat membuka mata dan menyedarkannya bahawa persengketaan, sifat
marah ataupun berdendam langsung tidak membawa kebaikan kepada kehidupan. Oleh
itu, minda yang positif penting bagi menangani emosi, supaya aura ketenangan
diri dapat dirasai.
Kesimpulan : Manusia hidup di dunia ini hanyalah sementara. Oleh itu,
carilah sebanyak mungkin keredaan Allah supaya ia dapat menjadi bekalan di
akhirat nanti. Janganlah hidup di dunia ini hanya untuk marah, dan tidak mahu
memaafkan orang lain kerana ia adalah sifat mazmumah dan amat merugikan kita.
Oleh itu, kita perlu mudah memaafkan orang, insya-Allah orang lain juga akan
mudah memaafkan kita, dan hidup kita akan lebih bahagia di dunia dan akhirat.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan,
2012
No comments:
Post a Comment