Kalau sungai itu adalah darah
darah pun berkata kepada merah
apilah yang menyaring
dan memasukkan tubuhnya
kemudian merayap bersama-sama
angin
Angin mengatur setiap cabang dan
tanjung
angin menyusun setiap ranting dan
akar
darah pun berkata kepada tanah
kebekuanku kausimpanlah ke dalam
dirimu
tak usahlah kau membiarkan air
menjelajahi
tubuhku lagi
Tubuhku tak mungkin menjadi putih
walau air menggoda beberapa kali
tak mungkin menjadi putih
walau air dimasukkan ke dalam
tubuhku
Tak mungkin menjadi putih
dan aku pun tak mahu menjadi
putih
biarkan aku menjadi merah
selama-lamanya
kerana merah asalnya darah
asal benihku.
Alangkah indahnya salju
DBP, 2003
No comments:
Post a Comment