Wahai pesakit yang hampir
tertutup matanya akibat selaput (cataracts)!
Jika kamu mengetahui terdapat cahaya dan mata maknawi di bawah hijab yang
tertutup di atas mata ahli iman, maka kamu akan berkata : Terima kasih dan ribuan terima kasih kepada Allah Yang Maha
Mengasihani.
Sebagai menjelaskan rawatan ini,
aku akan membawa cerita berikut:
Sulaiman yang berasal dari Barla
sentiasa berkhidmat untukku tanpa jemu meskipun untuk tempoh sehari. Beliau
tidak merasa sempit dada terhadapku sepanjang lapan tahunberkhidmat untukku
bahkan dia memberikan sepenuh kesetiaan dan penghoratan.
Beliau mempunyai seorang ibu
saudara. Ibu saudara beliau ini menjadi buta dan tidak dapat melihat. Perempuan
itu terlalu bersangka baik terhadapku, melebihi apa yang patut kuterima. Dia
memohon padaku ketika aku dalam perjalanan keluar dari masjid dengan berkata:
Aku memohon dengan nama Allah agar tuan berdoa kepada Allah untuk menye,buhkan
mataku ini.
Lalu dengan segera aku berdoa
kepada Allah dengan menjadikan kesolehan wanita beriman itu sebagai syafa’at
dan penguat doaku. Aku berdoa kepada Allah dengan penuh tadharru’ dan tawasssul dengan berkata: Ya Allah! Ya Tuhan kami! Dengan kelebihan kesolehan wanita ini,
kembalikanlah penglihatannya.
Pada hari berikutnya, seorang doktor
pakar mata dari wilayah Burdur yang berhampiran datang merawat wanita itu, lalu
Allah mengembalikan penglihatannya. Tetapi empat puluh hari kemudian, matanya
kembali kepada keadaan asal, iaitu tidak dapat melihat semula.
Aku merasa amat dukacita dan
banyak berdoa. Aku berharap agar doa yang kulakukan itu dimustajabkan meskipun
di akhirat nanti, kerana jika demikian, doaku itu akan menjadi bencana
kepadanya dengan tidak disengajakan. Namun perempuan itu hanya hidup empat
puluh hari sahaja selepas itu, kerana selepas itu beliau meninggal dunia.
Perempuan yang diharapkan
memperolehi rahmat itu tidak sempat menikmati pandangan indah taman-taman di
Barla, serta terhijab pandangannya daripada melihat kehijauan yang indah dalam
tempoh empat puluh hari. Namun telah digantikkan nikmat di dalam kuburnya
dengan melihat syurga dan menyaksikan ribuan taman-taman syurga yang menghijau
selama empat puluh ribu hari kerana keimanannya yang mendalam dan kesolehannya
yang tinggi.
Ya, sesungguhnya apabila
seseorang mukmin dilabuhkan hijab di hadapan matanya dan memasuki kubur dengan
keadaan demikian, maka dia mampu melihat dunia cahaya berdasarkan darjat
kedudukannya dengan pandangan yang lebih luas daripada pandangan ahli kubur
yang lain. Kerana sebagaimana kita mampu melihat dengan mata kita kebanyakkan
benda yang wujud di atas dunia ini, sedang orang-orang beriman yang buta tidak
dapat melihatnya, maka di dalam kubur nanti mereka yang buta itu akan dapat
melihat dengan darjat yang sama jika mereka mempunyai keimanan. Malah lebih
banyak daripada apa yang dapat dilihat oleh ahli kubur yang lain.
Mereka akan menyaksikan
taman-taman dan kenikmatan syurga seolah-olah mereka dibekalkan dengan teropong
yang kuasanya adalah berdasarkan darjat masing-masing. Teropong ini dapat
menangkap pandangan-pandangan syurga yang indah dan mempersembahkannya seperti
layar di dalam pangung wayang di hadapan mata mereka yang tidak dapat melihat
semasa berada di dunia.
Oleh itu, wahai saudaraku! Kamu
boleh memperolehi mata nurani ini yang akan membongkar syurga dan segala apa
yang terdapat di atas langit yang tinggi di sana , meskipun berada jauh di bumi, dengan
bersabar dan bersyukur di atas hijab yang menutup matamu. Ketahuilah bahawa
benda yang bijaksana dan amat mengetahui tentang mata serta mampu membuang
hijab yang menutup matamu agar dapat melihat dengan mata nurani itu hanyalah
Al-Quranul-Karim.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment