Hikmat 20
Masih mengenai kuda. Kali ini ada
kaitan dengan alasan. Sesungguhnya di muka bumi ini lebih ramai yang mencari
alasan berbanding yang mencari penyelesaian. Semakin ramai yang beralasan, nantilah ….Nantilah adalah kata-kata
racun jika apa yang hendak dilakukan ialah kebaikan. Jika untuk kejahatan dan
keburukan, itulah sebenarnya kata hikmat.
Laksanakanlah apa yang di depan
mata, bukan mengabaikan. Hanya tindakan yang menghasilkan kejayaan. Alasan
menghasilkan kegagalan yang tidak berpenghujung. Sebagai contohnya, anda
hendak ke suatu tempat. Di dalam minda
sudah ditetapkan bahawa anda akan menaiki kereta kuda. Tetapi malangnya tidak
ada kereta kuda. Apa yang akan dilakukan. Orang yang beralasan akan menjadikan
ketiadaan kereta kuda sebagai alasan untuk tidak berganjak. Orang yang bijal
akan mencari kuda jika tiada kkereta kuda. Bahkan jika tiada kereta kuda, dia
akan berjalan kaki. Di tengah jalan nanti akan bertemu jua dengan kereta kuda
atau kuda. Itu cara manusia yang bijak menumpukan pada penyelesaian bukan pada
alas an demi alasan.
Maksud lain ialah – gunakan saja
kelengkapan yang ada di tangan. Di tengah jalan nanti semasa mengusahakan akan
bertemu dengan kelengkapan lain yang diperlukan. Jika menunggu hingga sempurna
lengkap, yang pasti kaki tidak akan berganjak memulakan langkah pertama.
Tunggulah selepas saya dapat….Biasa anda mendengar begitu? Itu adalah alasan
dan pastinya yang berkata begitu sampai sudah tidak akan memulakan langkah.
Sebaliknya, orang yang bijak akan
segera memulakan langkah, tanpa perlukan kelengkapan yang sempurna dan lengkap,
kerana percaya andainya menunggu hingga lengkap pasti tidak akan terjadi
langkah pertama dan langkah seterusnya. Orang yang bijak juga percaya, dalam
perjalanan nanti akan terjumpalah berbagai-bagai kelengkapan yang boleh
digunakan untuk mengusahakan kejayaan.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment