Allah swt menciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk yang diberikan
akal yang sempurna untuk berfikir. Jika ingin berjaya di dunia dan akhirat,
bertanyalah kepada diri sendiri. Apakah setiap amalan yang dilakukan ini bagi
mencari keredaan Allah ataupun mencari penghargaan manusia?
Jika manusia hanya fokus kepada mencari penghargaan manusia, mereka adalah
golongan yang paling rugi, kerana manusia hanya hidup sementara sahaja di dunia
ini. Tetapi jika seseorang manusia itu mencari keredaan Allah, dia adalah orang
yang paling beruntung, kerana amalan dan perbuatan yang dilakukan akan menjadi
bekalan di akhirat nanti.
Seseorang yang ingin berubah di dalam kehidupan, mereka perlu bertanya
kepada diri sendiri:
a) Di manakah kita berada?
b) Ke manakah hala tuju hidup kita?
Persoalan di atas bermaksud di mana kita berada sekarang dan apa matlamat
kehidupan kita di dunia ini.
Sebagai seorang yang beragama Islam, sudah pasti kita mengetahui bahawa
hidup di dunia ini hanya sementara dan ke akhirat jua kita akan kembali. Oleh
itu, apabila dilahirkan ke dunia ini, mereka perlu tahu matlamat hidup iaitu dengan
menyoal diri mereka, di mana mereka dan ke mana dituju selepas hidup ini.
a) Fizikal
b) Mental
c) Kerohanian
d) Hubungan dengan manusia
e) Kewangan
Oleh itu, untuk berjaya di dunia dan akhirat seseorang itu perlu mempunyai
lima aspek di atas tadi, iaitu mempunyai fizikal yang sihat, mental yang kuat
dengan membaca buku untuk membina minda, kerohanian dengan Allah swt, hubungan
dengan manusia yang baik dan tidak mempunyai perasaan dengki serta akhir
sekali, kewangan yang cukup untuk membantu orang lain.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan,
2012
No comments:
Post a Comment