Friday, October 4, 2013

Imej diri adalah cermin kehidupan (3)



2.2 Kerjasama ibarat sebuah bangunan teguh

Ali merupakan seorang pekerja yang sangat senang berkerjasama dengan orang lain tetapi rakan-rakan sekerjanya tidak suka memberikan kerjasama. Kadangkala, terdetik di hati beliau supaya mementingkan kerja sendiri sahaja.

Manusia tidak boleh berubah melainkan mereka membuat perubahan kepada diri mereka sendiri. Mulakan dengan membuat perubahan kepada diri sendiri dengan menunjukkan sikap yang baik, supaya orang lain nampak bahawa kita adalah seorang yang mahukan kebaikan. Selain itu, bertanyalah kepada diri sendiri, adakah ramai orang menyayangi diri kita?.

Jika ramai orang yang tidak sayang atau tidak suka kepada kita, maka kita perlu memperbetulkan diri kita dahulu. Jika tidak mendapat kerjasama daripasa orang lain, tidak mengapa, teruskan berbuat baik. Jangan berputus asa dan apabila ingin menegur, berikan kata-kata pujian terlebih dahulu.

Wallahu a’lam

Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan, 2012

No comments:

Post a Comment