Hikmat 18
Cara paling pasti untuk gagal
adalah dengan melakukan beberapa perkara serentak. Cara paling pasti untuk
tidak melakukan apa-apa adalah dengan melakukan beberapa pekerjaan serentak. Melakukan
beberapa atau banyak pekerjaan serentak sama dengan tidak melakukan apa-apa.
Tidak melakukan apa-apa bersamaan dengan tidak mendapat apa-apa.
Orang yang melakukan banyak
pekerjaan serentak adalah disebabakan oleh tamak atau tidak faham. Atau, tahu
tetapi tidak mahu faham. Kerana tamak, hendak rebut semuanya, hingga akhirnya
tidak satu pun yang Berjaya dilaksanakan. Memang mustahil hendak melaksanakan
beberapa pekerjaan serentak kerana ia melawan fitrah manusia dan sunah alam.
Punca kedua, kerana salah faham
dan tidak mahu faham. Konon, jika melakukan banyak pekerjaan, banyaklah wang
yang masuk, banyaklah kejayaan yang diperolehi. Ini karut semata-mata. Anda
boleh membuktikan sendiri, bagaimana orang yang berjaya adalah orang yang
melakukan hanya satu pekerjaan , perniagaan atau usaha. ORang yang gagal dan
melepas semuanya adalah orang yang melakukan banyak pekerjaan serentak.
Buang rasa tamak, fahami
sungguh-sungguh bagaimana dengan melakukan satu perkerjaan atau usaha
sebenarnya yang membawa kejayaan, akhirnya membuatkan anda tersedar dan
tidak ungkin lagi melakukan beberapa
pekerjaan serentak.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment