Hikmat 17
Warisan hikmat ini agak unik.
Orang yang sibuk diibaratkan sebagai orang yang rajin. Begitulah, jika anda
melihat seseorang itu sibuk (bukan menyibuk atau buat-buat sibuk), memang
dengan mudah anda boleh mengesahkan mereka sebagai seorang yang rajin. Pengemis
pula diibaratkan sebagai seorang yang pemalas. Maksudnya pengemis yang tak
selayaknya mengemis. Bahkan orang buta pun tidak mengemis sebaliknya menjual
produk untuk mendapatkan rezeki kerana mereka faham mengemis adalah perbuatan
yang hina. Hanya pemalas sahaja yang tidak memikirkan soal maruah, menadah
tangan mengemis sedangkan mampu bekerja, menjual produk untuk menyara hidup.
Jadi, jika anda mengikuti jejak
langkah orang yang rajin, anda akan menikmati hidup sebagaimana sepatutnya –
mempunyai wang dan harta untuk keluarga. Sebaliknya jika mengikut perangai
pengemis akhirnya akan menjadi seperti pengemis – pemalas, tidak bermaruah,
tenggelam dalam kemiskinan.
Memang ramai yang sibuk di
sekeliling kita ini. Bagaimana pun ia tidak menentukan kerajinan seseorang.
Kadang-kadang mengerjakan di tempat yang salah – rajin pada perkara yang tidak
membawa kejayaan atau buat-buat sibuk supaya dipandang rajin dan hebat. Ramai
juga yang berperangai pengemis di
sekeliling kita. Bahkan jika anda perhatikan sesungguhnya lebih ramai yang
berperangai pengemis dari yang rajin. Kita mendapat apa yang diusahakan – layak
atau tidak kita mendapat tahap pengemis jika kita mengikut jejak pengemis.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment