2.3 Berhenti
menyalahkan diri sendiri
Tiga perkara yang menyebabkan seseorang tidak bahagia:
a) Suka merungut
b) Suka menyalahkan diri sendiri
c) Suka menyalahkan orang lain
Apabila sesuatu perkara atau musibah berlaku dan kita masih merungut dan
menyalahkan diri sendiri, walaupun sudah lama berlalu, maka penting untuk kita
segera sedar, bahawa kita sudah pun meneruskan hidup sehingga masa sekarang.
Mengapakah kita perlu berfikir dan tertekan dengan perkara lepas?
Kita perlu bersikap positif dan jangan sesekali menyesal dengan apa yang
berlaku, sehingga memudaratkan diri dan kehidupan seluruhnya. Orang yang tidak
berjaya dalam kehidupannya adalah orang yang berfikiran negatif.
Menyesal dengan kesilapan lalu adalah perlu tetapi jadikannya teladan.
Lakukan perubahan agar tidak berulang lagi dan teruskan sahaja kehidupan.
Kajian menunjukkan 75% penyakit berpunca daripada minda seseorang. Minda
lebih kuat daripada tubuh badan. Contohnya manusia boleh sampai ke Mekah dengan
hanya membayangkan Kaabah dan suasana sekitarnya tetapi tubuh badan tetap tidak
sampai ke Mekah.
Untuk mengatasi perasaan sedemikian, mulakan dengan fokus kepada syukuran.
Fokus kepada apa yang Allah swt berikan kepada kita dan bukan kepada apa yang
kita alami. Seseorang yang yakin kepada Allah, Allah akan membantunya. Kehidupan
akan menjadi lebih bahagia dan dia tidak akan menyalahkan diri sendiri lagi.
Kesimpulan : Imej diri penting dalam diri seseorang kerana membentuk
sahsiah dalam diri mereka. Jika imej yang ditunjukkan itu baik, maka baiklah
akhlaknya. Tetapi jika sebaliknya, buruklah akhlaknya. Oleh itu, jagalah sikap
kita ke arah kebaikan supaya disayangi manusia dan lebih-lebih lagi Allah swt.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan,
2012
No comments:
Post a Comment