Wahai saudaraku para pesakit yang
telah hilang kesabarannya! Di sebalik kesakitan yang dialami daripada penyakit
kamu, ia juga sebenarnya memberikan kelazatan maknawi kepada kamu setelah
ditarik daripada kehilangan penyakit kamu pada masa lalu.
Di samping itu, kamu juga
memperolehi kelazatan roh yang lahir daripada pahala yang terhasil di sebalik
penyakit tersebut. Masa akan datang selepas hari ini, bahkan selepas sejam
kemudian tidak lagi mengandungi kesakitan. Tidak diragukan lagi, bahawa sakit
tidak berlaku begitu sahaja tanpa disebabkan oleh sesuatu. Jika tiada penyakit,
maka tiada kesakitan dan keluhan. Tetapi kerana kamu salah sangka, maka
kegelisahan menyelubungimu. Sedangkan kesakitan pada tempoh tersebut akan
hilang bersama hilangnya sakit yang dialami ketika tempoh sakit yang zahir itu.
Dengan itu, kamu akan beroleh
pahala lalu berkekalanlah kelazatan kerana kehilangan penyakit itu. Adalah
sesuatu yang bodoh bahkan kegilaan jika kamu masih berterusan mengingati dan
merasai kesakitan bagi penyakit yang telah lalu, hingga menyebabkan kamu hilang
sabar. Sedangkan kamu sepatutnya merasa lapang kerana ia telah sembuh dan kamu
telah memperolehi balasan pahalanya. Juga kerana hari-hari mendatang masih
belum tiba. Bukankah suatu kebodohan jika menyibukkan diri dengan berfikir
tentang hari yang belum hadir lagi. Tentang penyakit yang belum berlaku dan
juga tentang penyakit yang belum terjadi?
Sangkaan seumpama ini juga
merupakan hasil daripada pemikiran yang dilakukan secara berulang-ulang dan
bebanan jiwa dengan sesuatu yang amat menyakitkan, akan mendorong seseorang
hilang sabar dan cuba
untuk mewujudkan tiga perkara yang masih belum wujud. Bukankah ini suatu
kegilaan? Oleh kerana waktu sakit yang telah berlalu itu mendatangkan kesegaran
dan kegembiraan dan oleh kerana masa akan datang masih belum wujud, maka
penyakit dan kesakitan adalah dianggap tiada.
Wahai saudaraku! Janganlah kamu
membazirkan kekuatan kesabaran yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu dengan
menghamburkannya ke kiri dan ke kanan. Bahkan himpunkanlah ia bagi menghadapi
kesakitan yang dialami ketika sakit dengan berkata: Wahai penyabar! Tanggunglah kesakitan itu dengan penuh kesabaran dan
mengharapkan pahala daripadanya.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment