Setiap hari manusia hidup di dunia ini dengan memiliki keajaiban sama ada
disedari ataupun tidak. Berapa ramai orang yang bangun dari tidur, merenung dan
berfikir bagi melihat keajaiban diri sendiri iaitu boleh melihat, mendengar,
menghidu, bergerak dan sebagainya.
Keajaiban ini bukan sahaja berlaku kepada bahagian luaran fizikal sahaja,
malah di dalam sel manusia yang sangat banyak berlaku perubahan. Namun, tetapi
manusia tidak menyedarinya. Oleh itu, apabila seseorang manusia itu berfikir,
merenung dan melihat kepada keajaiban yang ada pada dirinya, maka akan
hilanglah rasa bimbang yang sering bermain di fikiran.
Jika seseorang mengadu bahawa dia mengalami migrain, maka dia merupakan seorang yang sering dihantui perasaan
bimbang dan risau. Ini kerana 75% penyakit itu datangnya daripada minda
seseorang.
Kita lihat beberapa jenis kebimbangan yang sering menghantui fikiran manusia
antaranya : takut sakit, takut miskin, takut orang mengata dan takut kehilangan
orang yang disayangi.
Mari kita lihat tiga jenis perasaan takut yang banyak menghantui hidup
manusia :
1. Orang yang terbayang perasaan takut terjadi sesuatu. Selepas itu, akan
timbulnya perasaan bimbang dalam diri mereka. Contohnya, bimbang jatuh sakit
walaupun rasa sakit tersebut sedikit sahaja, tetapi perasaan bimbang menghantui
seolah-olah sakitnya amat teruk.(Contohnya, mengapa mata saya merah tetapi
saya masih dapat melihat. Kenapa jadi begitu? Mata saya akan menjadi buta ke?).
Soalan-soalan seperti itu menggambarkan status minda seseorang. Kebanyakkan
manusia selalu fokus kepada perkara yang negatif berbanding positif.
2. Orang yang takut kepada kematian merupakan manusia yang takut berjumpa
dengan Allah swt disebabkan sedikitnya amalan kebaikan yang dilakukan di dunia
ini. Jika seseorang itu banyak melakukan amalan kebaikan, dia tidak takut dan
bimbang bertemu dengan Allah swt kerana dia yakin bahawa hidup di dunia ini jika
patuh kepada perintah Allah, tiada apa yang perlu ditakuti dan dirisaukan.
3. Orang yang takut kehilangan harta benda. Mengapakah bergantung hidup
kepada harta benda? Ini disebabkan seseorang itu hidup daripada dunia luaran ke
dalam dunia dalamannya. Contohnya, saya gembira mempunyai rumah cantik, kereta
yang besar dan harta yang banyak.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan,
2012
No comments:
Post a Comment