Hikmat 14
Atau sebaliknya pun boleh. Dari buah
kenal pokok; dari pokok kenal buah.. Jika buah durian, pokoknya begini, jika
buah mangga pokoknya begitu.Atau jika pokok rambutan, buahnya begini.
Warisan hikmat ini ada sedikit
kaitan dan boleh dikaitkan dengan tong
kosong kuat bunyinya dan yang tahu sikit akan beritahu banyak. Darinya anda
boleh mengenali sama ada seseorang sama seperti yang didakwa atau sebaliknya.
Katalah dia memberitahu bahawa dia seorang doktor, bila anda soal asas
perubatan, semua yang dijawab jauh menyimpang dari jawapan sebenar. Pokoknya
rambutan, buahnya durian. Sesuatu yang sangat kerap terjadi di sekeliling kita
Dari situ sahkah, selama ini hanya memukul canang atau tong yang kosong.
Berhati-hatilah, manusia seumpamanya ada di mana-mana ceruk pun , pada
bila-bila masa.
Anda dengan mudah mengenali
keperibadian seseorang berdasarkan hasil kerja mereka. Jika misalnya hasil
kerjanya bersih, kemas, teratur, dengan mudah anda mengenali memang orangnya
berkeperibadian tinggi. Orangnya memang kemas, bersih, teratur.
Jika misalnya, ada orang yang
mendakwa dirinya sebagai Chef tetapi meja masaknya berterabur, tunggang
terbalik dan hasil masakannya agak pelik, lebih banyak mencari publisiti
berbanding hasil masakannya – anda dapat meneka sendiri bagaimana orangnya
berdasarkan hasil kerja dan penampilannya.
Positif hasil kerjanya,
insyaAllah, yang mengerjakannya adalah orang yang positif juga. Seandainya
pelik hasil kerjanya, memang pelik jugalah keperibadian orang yang menghasilkan
kerja tersebut.
Dari buah kenal pokok, dari pokok
kenal buah – memudahkan anda mengenali keperibadian seseorang.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment