Wahai pesakit! Janganlah kau
gelisah. Bersabarlah! Sakit yang kamu hadapi bukanlah penyakit buat kamu,
tetapi ia adalah sejenis rawatan. Ini kerana umur adalah modal seseorang yang
sentiasa berkurangan dari masa ke semasa. Jika tidak dilaburkan, ia pasti akan
kehabisan juga suatu hari nanti. Terutamanya jika ia dihabiskan dengan
kerehatan dan kealpaan, tiba-tiba seseorang itu telah tiba di penghujung jalan
(kematian).
Jadi sakit akan memberikan
keuntungan yang besar kepada modal yang diiliki oleh seseorang dan tidak akan
membenarkan umurnya dihabiskan dengan segera. Sakit akan melambatkan perjalanan
langkah kehidupan, menahannya, memanjangkan umur dan akhirnya berhenti setelah
membuahkan hasil.
Kemudian selepas sakit hilang,
seseorang itu dapat meneruskan perjalanan hidupnya. Oleh itu, masa menjadi
panjang disebabkan penyakit, sehingga dikatakan; Aduhai, alangkah pendeknya masa kemewahan.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment