3.3 Tingkatkan
keyakinan anda!
Saya gementar apabila
berhadapan dengan orang ramai, lebih-lebih lagi jika diminta menyampaikan
ucapan atau syarahan. Akibatnya saya banyak terlupa apa yang ingin disampaikan.
Apabila terlalu memikirkan tanggapan orang lain kepada kita, maka minda
kita akan sentiasa dibayangi oleh bermacam-macam tanggapan negatif orang
terhadap kita. Gejala seperti ini tidak elok kerana ia dapat menjejaskan
keyakinan diri kita. Kehidupan manusia dipengaruhi oleh dua kesedaran, iaitu
kesedaran ketuhanan dan kesedaran keegoan.
Orang yang ego mempunyai beberapa ciri iaitu:
a) Selalu ingin bersaing dengan orang lain
b) Merasakan dia sahaja yang betul
c) Mudah marah
d) Mahu sentiasa daripada orang lain
e) Suka memikirkan apa yang orang lain kata
f) Mengukur orang lain berdasarkan apa yang mereka ada seperti pangkat
ataupun harta
Jika kita mempunyai sifat-sifat di atas, ini membuatkan diri kita menjadi
stress tetapi jika kita mempunyai kesedaran ketuhanan, kita akan mempunyai
ciri-ciri berikut:
a) Tidak bersaing dengan orang lain
b) Selalu mengalah apabila berlaku
perselisihan
c) Sentiasa mencari kebaikan orang
d) Sentiasa memperbaiki diri
e) Lemah lembut
f) Murah hati
g) Menerima manusia seadanya
Amalkan konsep bercakap kerana Allah, kita tidak akan fikir apa yang orang
lain akan katakan. Apabila kita berniat membuat sesuatu kerana Allah kita tidak
akan berasa risau kerana kita mengetahui bahawa penilaian sebenar adalah di
sisi Allah bukannya berdasarkan kata-kata orang.
Apabila kita membuat sesuatu dengan niat memberi manfaat kepada orang lain,
maka dengan sendirinya keberanian itu akan datang kerana Allah bersama kita.
Kesimpulan : Oleh itu, apabila bangun dari tidur, tanyalah kepada diri
sendiri adakah kita mencari keredaan Allah ataupun mencari penghargaan manusia.
Jika kita mencari keredaan Allah, segala urusan kita akan menjadi mudah dan
kita tidak akan merasa tertekan dengan orang katakan.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan, 2012
No comments:
Post a Comment