ceritakan perihal orang
pada rakan di sebelahku
seronoknya…….
Sesekali juga aku teringin
gemburkan keburukan sahabat
agar diketahui orang
girangnya……
Sesekali lagi
aku berasa iri
atas kejayaan yang bukan milikku
sakitnya…….
Sesekali jua
aku cuba mencari kelemahan
di sekelilingku
kerana hanya aku sahaja
yang layak Berjaya
angkuhnya…….
Betapakah!
sekali ini
tiba-tiba ada tangan mencuit
menyedarkan aku
alangkah kotornya jiwa ini
alangkah………
PT Al-Amin
Oktober 2013
No comments:
Post a Comment