.2 Menyemai benih yang baik
Hidup ini sentiasa memerlukan muhasabah dan renungan. Fikir sejenak dan
renung kembali, apakah benih-benih yang salah telah diletakkan dalam diri kita?
Dengan merenung dan berfikir sejenak, mengingati kembali dan menganalisis
setiap masa dan peristiwa, kita mampu membuat kesimpulan sebagai teladan dan
pengajaran kepada kehidupan seterusnya. Apabila seseorang itu sudah sedar apa
yang dilakukan itu salah, dia perlu bersegera berubah, sikap dalam dirinya.
Perhatikan pencapaian anda terhadap beberapa aspek kehidupan ini.
* Kesihatan
: Bagaimana keadaan kesihatan dan apakah yang anda lakukan bagi mengekalkan
kesihatan yang baik?
* Kerohanian
: Apakah amalan anda seharian? Adakah
banyak yang berfaedah dan membawa keberkatan ataupun sia-sia?
* Emosi –
Bagaimanakah cara anda menangani situasi dan menyelesaikan masalah? Adakah
mencari jalan penyelesaian ataupun menambah masalah?
* Hubungan
dengan manusia – Jalinkan hubungan yang baik, bantu membantu dan
saling menyumbang kebaikan.
* Kewangan –
Teliti kembali status kewangan anda. Elakkan daripada menambah hutang dan
berbelanjalah kerana keperluan dan banyakkan menyumbang untuk kesenangan orang
lain juga.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan, 2012
No comments:
Post a Comment