Hikmat 12
Apa yang anda beri, itulah yang menjadikan anda kaya, kata
bijaksana. Bila anda memberikan ilmu kebaikan kepada umum, ia ibarat tanaman
yang akan menjadikan anda kaya dengan ilmu kebaikan kepada umum, ia ibarat
tanaman yang akan menjadikan anda kaya dengan ilmu. Apa yang ditanam, itulah
yang dituai. Bila anda menanam ilmu yang membawa kebaikan kepada masyarakat,
sama ada cepat atau lambat anda akhirnya akan menuai kembali ilmu yang berganda
banyaknya.
Biasa melihat orang yang kedekut ilmu? Sangat biasa. Antara sebab
mengapa orang kedekut ilmu adalah kerana bimbang orang lain lebih pandai
darinya atau bimbang kepandaiannya akan disaingi. Misalnya, seseorang itu
mempunyai ilmu kekayaan, bila ada yang bertanya, dia menyimpannya, enggan
memberitahu kerana bimbang akan ada yang menyaingi kekayaan.
Begitulah contohnya kedekut ilmu
sedangkan kalaulah dia memberitahu ilmu tersebut kepada yang meminta, sudah pasti
kekayaannya akan bertambah sebagaimana yang dijanjikan – apa yang diberi itulah
yang menjadikan anda kaya. Ingat, hanya beri ilmu yang bermanfaat dan berguna
untuk dunia dan akhirat.
Maksud kedua pula; ilmu yang anda
miliki hendaklah digunakan, barulah anda akan memperolehi faedah dari ilmu
tersebut.Ilmu di tangan anda ibarat benih yang memerlukan anda menanamnya
(menggunakannya) barulah nanti ia boleh menjadi anak pokok, pokok dan akhirnya
berbuah. Buah tersebut akan anda makan bersama keluarga dan masyarakat sekitar.
Ramai manusia berilmu di dunia
ini tetapi tidak ramai manusia yang menggunakan (menanam) ilmu tersebut
menyebabkan mereka tidak dapat menuai apa-apa. Manusia tanpa ilmu ibarat pokok
kering di tengah gurun; manusia berilmu tetapi tidak menggunakan ilmu tersebut
ibarat pokok subur tetapi tidak berbuah.
Berikan ilmu jika ada yang
meminta. Jangan kedekut sebab ilmu bukan milik anda. Ia milik Allah swt untuk
dikongsi bersama manusia. Bila anda berilmu, gunakan ilmu tersebut untuk
meningkat diri, keluarga dan masyarakat.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment