Benih merupakan suatu kepada semua perkara. Setiap manusia perlu melihat
kepada dunia luaran mereka seperti kesihatan, kebahagiaan dan kekayaan. Mereka
mempunyai hak yang lahir bersama kelahiran mereka ke dunia ini, iaitu menerima
ketiga-tiga perkara itu tetapi mengapa sesetengah manusia tidak dapat
merasainya? Ini disebabkan kerana benih-benih yang ada di dalam fikiran mereka.
Umumnya kita sebagai manusia tahu, setiap perbuatan bermula daripada
fikiran dan fikiran itu bermula dengan siapa yang berfikir. Contohnya,
seseorang yang menonton sebuah rancangan televisyen yang tidak disukainya,
adakah dia boleh bertindak memecahkan skrin televisyen itu? Jawapannnya sudah
tentu tidak boleh tetapi dia mempunyai kuasa menukar siaran rancangan tersebut
ke rancangan lain.
Begitulah sikap manusia, apabila kehidupan luaran mereka tidak terurus
seperti sakit, susah, tidak bahagia dan sebagainya. Mereka akan sibuk memperbetulkan diri orang lain, tetapi diri
sendiri tidak pula diperbetulkan. Oleh itu, setiap manusia bertanggungjawab
atas apa yang berlaku dengan keizinan Allah swt seperti kesihatan, kebahagiaan
dan kekayaan dalam hidup mereka. Manusia memilih menjadi begitu, maka jangan
menyalahkan orang lain dia tidak dapat apa yang dimahukan.
Setiap manusia berfikir dengan menggunakan otak. Otak manusia ada dua minda,
iaitu Minda Segar dan Minda Sedar. Minda Segar beroperasi selama 24 jam, iaitu
melibatkan semua proses organ badan seseorang seperti menentukan penafasan,
penghadaman dan sebagainya. Ia juga mempunyai komponen sangat penting dan
menentukan 95% daripada apa yang kita capai. Minda Sedar pula menentukan apakah
arahan yang diberikan kepada Minda Segar. Oleh itu, benih merupakan hasil pilihan
yang dibuat berdasarkan Minda Sedar seseorang.
Minda manusia harus mesti dunia luaran mereka, sama dengan dunia dalaman
mereka. Contohnya, jika mindanya mengatakan kepada dirinya sendiri, bahawa
semua orang adalah jahat maka taksiran kepada matanya akan melihat semua orang
jahat dan fizikalnya akan berjumpa dengan orang jahat sahaja.
Jika manusia ingin bahagia di dalam kehidupannya, jangan sekali-kali
mengatakan; Susah hendak menjadi kaya.
Jika ingin kaya, kita tidak ada masa dengan keluarga.
Perlu diambil berat bahawa sistem kepercayaan, sistem nilai dan sistem
tabiat, dibentuk oleh benih-benih yang disemai oleh ibu bapa semasa lahir,
semasa dalam kandungan, semasa memberi pendidikan. Benih-benih itu akan mudah
masuk ke dalam minda, terutamanya kepada kanak-kanak yang belum berumur enam
tahun.
Pada masa itu, kanak-kanak masih belum dapat berfikir. Maka dia akan
mengikut apa sahaja yang ada di sekelilingnya. Waktu itulah para ibu bapa perlu
menyemai benih-benih yang baik, seperti adab-adab pergaulan,bercakap benar,
hormat-menghormati, mengerjakan solat, berpuasa dan sebagainya dalam diri
mereka. Hal ini supaya apabila dia sudah meningkat dewasa, dia tahu menjaga
dirinya dan memahami erti melakukan kebaikan yang disuruh oleh Allah dan
meninggalkan apa yang dilarangNya.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan, 2012
No comments:
Post a Comment