4.1 Kita tidak
dapat mengubah orang lain mengikut kehendak kita
Saya menegur anak saudara saya kerana tidak suka dengan penampilannya, pada
saya dia mesti ikut apa yang saya cadangkan supaya lebih berketrampilan.
Seseorang manusia tidak dapat mengubah sifat dan perangai orang lain,
melainkan orang itu yang mengubah sendiri. Kita hanya mampu memberi nasihat,
panduan dorongan dan berdoa dengan harapan, semoga dia diberikan petunjuk oleh
Allah SWT untuk berubah. Dalam hal ini, ingin saya tekankan bahawa pentingnya
membentuk diri dan jiwa seseorang manusia itu semenjak dari awal usia lagi.
Ibu bapa perlu menanam benih-benih yang baik dalam diri anak, kerana pada
masa itulah diri dan jiwa mereka mudah dibentuk. Benar kata pepatah, melentur
buluh biarlah daripada rebungnya. Diri dan jiwa seseorang manusia ibarat kain
putih, semuanya bergantung kepada bagaimana kita mencorakkannya.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan, 2012
No comments:
Post a Comment