Esei 20
Komunikasi suatu kemahiran sosial
yang penting. Hati seseorang boleh dimenangi.Perbualan adalah suatu seni.
Berborak kosong merupakan senaman mulut dan perbualan adalah senaman minda.
Adalah lebih bijak untuk memilih apa yang anda katakan daripada berkata apa
yang anda pilih! Berkata benar pada tempat yang betul, tahanlah berkata perkara
salah pada saat yang menarik. Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap.
Menurut Henry Ford, jika di sana terdapat satu rahsia
kejayaan, ianya terletak pada kebolehan untuk memahami individu yang lain dan
berfikir dari sudut pandangannya selain daripada pandangan anda sendiri.
Elakkan bercerita mengenai tajuk
yang anda mahir dalam mengemukakan pendapat tetapi dengan pengetahuan yang
sedikit. Perkataan yang baik dan sesuai dapat memperkasakan yang lain dan anda
juga. Lidah yang cuai menghilangkan kawan atau pasangan. Hati-hati!.
Kuasai kemahiran menulis. Juara
tenis dan pelbagai bintang sukan lagi bergantung lebih pada isyarat, komunikasi
dan galakan daripada bayaran yang tinggi untuk jurulatih dan juaranya. Perolehi
komunikasi yang baik dengan keluarga, menerusi berkongsi pengetahuan, pendapat,
keputusan , galakan, menikmati, kesedihan dan kasih sayang. Pemikiran,
perkataan dan perbuatan mampu membina keluarga bahagia dan indah seterusnya
mencapai masa depan yang baik dan indah untuk semua.
a) Tersilap komunikasi, komunikasi yang lemah, tidak berkomunikasi akan
menimbulkan masalah. (Zig Ziglar)
b) Gossip adalah seseorang yang berkata kepada anda tentang yang lai; orang
yang bercakap tentang dirinya adalah membosankan; pembicara yang cemerlang
ialah seseorang yang bercakap tentang diri anda. (R.S Zera)
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment