Hikmat 16
Hanya kegigihan yang boleh memacu
diri anda ke arah kejayaan, bukannya sambil lewa, main-main, sekali-sekala. Bahkan
orang yang gigih pun ada kalanya kecundang, apatah lagi orang yang mengerjakan
sesuatu sambil lewa sahaja.
Jangan menjadi seperti majoriti
manusia di sekeliling anda yang lebih suka sambil lewa berbanding mengusahakan
sesuatu dengan berbekalkan kegigihan. Kerana itu selalunya sukar sekali melihat
orang yang berjaya di sekeliling anda, tidak semudah melihat orang yang gagal.
Usaha anda mestilah disertai
dengan kegigihan dan sentiasa meneruskan walaupun berkali-kali tersungkur.
Bangun dan teruskan dengan gigih barulah anda boleh menjadi seperti air yang
mampu memenuhi tempayan, bukannya seperti embun yang sememangnya gagal untuk
memenuhi tempayan.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment