Pekan Muar Bandar Maharani
Sejarah Johor bermula di sini
Teradun pembangunan terjaga seni
Rakyat bersatu dalam harmoni
Mersing di timur pantai berseri
Pelancong berkunjung setiap hari
Lautnya lepas terik mantari
Galang gantinya sukar dicari
Johor Bahru Bandar raya teras
Terbina hasil kerja yang keras
Taraf yang tinggi meningkat aras
Bergerak seiring kemajuan deras
Gunung Ledang tempat legenda
Tempat menarik buat bercanda
Jadi tumpuan bak mercu tanda
Hijau merimbun cemar tiada
Pantai Lido terkenal indah
Kini berubah membangun sudah
Pandangan cantik tempat riadah
Angina menderu bagi bermadah
Gerbang selatan itulah jolokan
Pintu utama galak kemasukan
Pelbagai cerita jadi tarikan
Bersatu hati kita jayakan
Tambak Johor menjadi saluran
Dua negara hidup berjiran
Orang berpusu bagai aliran
Keluar dan masuk tak putus
giliran
Tangkak terkenal di merata-rata
Tempat kunjungan kaum wanita
Datang ke sini rambanglah mata
Membeli belah empunya cerita
Ayer Hitam pecan istimewa
Pasu hiasan semuanya lawa
Peniaga ramah manis pelawa
Pembeli memborong tiada terbawa
Nanas ditanam sumber lumayan
Tanahnya gambut galak tuaian
Petani yang rajin hasil berkoyan
Hidup bahagia bukan andaian
Pasir Gudang dermaga selatan
Makin berkembang tambang muatan
Penjana modal seluruh watan
Hasil mewah tanda peningkatan
Mutiara ilmu di Batu Pahat
Tempat bertumpu minda yang sihat
Pusat pendidikan nama terpahat
Masyhur warga bukan muslihat.
Negara Tercinta
Ghazali Lateh, 2013
No comments:
Post a Comment