Monday, October 7, 2013

Cerita semusim



Tiba-tiba kampungku jadi kecoh
pembubaran parlimen jadi perhatian
lalu semua pun jadi pandai berbicara
tentang politik dan pilihan raya

Saban hari wajah-wajah politikus menjelma
membawa seribu janji di hujung lidahnya

Kami atuk-atuk, nenek-nenek, bapa-bapa, emak-emak
semua yang sudah dan belum mendaftar sebagai pengundi
berbalah dan berdebat; siapa yang betul dan yang salah

Kami yang selama ini bersatu dan saling membantu
tiba-tiba terpisah dan berpecah
bermasam muka, tidak bertegur sapa
memfitnah dan bertelagah

Selepas pilihan raya usai
kampungku dilanda angina sepi
semangat politik pun mati
tunas ramah mesra mulai tumbuh kembali
semangat perpaduan perlahan tegak berdiri
cuma kami masih menunggu janji pemenang
bilakah akan menjadi realiti?

Klaus Muller
Alangkah indahnya salju
DBP, 2003

No comments:

Post a Comment