Esei 26
Sering dikatakan bahawa wang bukan
segala-galanya tetapi pernahkah anda cuba hidup tanpanya?, Boileau
menulis, wang memberikan kecantikan
kepada sesiapa yang nampak hodoh, tetapi kesemuanya menjadi bertambah teruk
dengan kemiskinan. Namun wang bukan satu-satunya aset yang ada. Sumber semangat
daripada mental dan kerohanian, kemewahan moral dan keperibadian, yang
membimbing kepada rasa puas hati, kedamain dan kegembiraan juga diperlukan.
Menurut Bernard Tapie pula, kekurangan wang adalah kekurangan yang kejam
sementara itu wang yang berlebihan pula adalah tidak bermakna. Wang hanya
diperlukan setakat satu tahap yang tepu, selebihnya dimanfaat untuk membantu
orang lain.Ingat, kehidupan mungkin setakad tempoh singkat 70 tahun sahaja!
Perkasakan diri sendiri sebelum memperkasakan orang lain. Amalan berzakat dalam
Islam manisfestasinya. Janganlah memiliki kemewahan tapi mengamalkan pembaziran
atau memiliki wang tanpa makna atau kemakmuran tanpa tujuan!.
a) Apa yang anda berikan akan kembali kepada anda semula ( Estee Lauder
)
b) Mereka yang membawa kegembiraan cahaya ke dalam kehidupan orang lain
menyimpan untuk dirinya sendiri ( J.M. Barrie )
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment