1.2 Berlemah-lembutlah
dalam berbicara
Kakak saya adalah seorang
yang suka bercakap kasar lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga sendiri. Tetapi
jika dengan orang luar, perwatakannya berbeza.
Kebiasaannya, manusia akan bertindakbalas melalui imej dirinya. Apabila dia
bersama ahli keluarga yang tidak pernah menghargai apa yang dilakukan ataupun
berbual agak lasar dengannya, maka imej dirinya bersama keluarga amat rendah.
Ini berterti, dia mungkin merasa kurang diterima dalam keluarganya.
Tetapi apabila dia bersama orang luar, dia dipuji dan dihargai, maka
imejnya akan meningkat dan dia akan bertindak balas dengan baik. Perbualannya
penuh sopan santun dan sebagainya., kerana dia berada di sekeliling orang-orang
yang menghargai apa yang dilakukannya. Orang yang pemarah adalah orang yang
takut; takut kehilangan dan takut tidak dihormati.
Orang yang marah akan berasa takut kerana dia bergantung kepada manusia dan
penghargaannya, bukan kepada Allah swt. Contohnya sesiapa yang bergantung
kepada jawatan, akan bimbang jawatannya itu hilang.
Sesiapa yang bergantung kepada Allah, dia akan sentiasa kuat dari segi
mental dan fizikalnya, kerana tidak memikirkan mengenai apa yang orang lain
katakan. Orang yang tidak yakin kepada diri sendiri adalah orang yang mudah
marah dan tidak menfokuskan keyakinan kepada nilai yang tersirat, iaitu makna
dan ganjaran, perbuatan yang sebenar adalah di sisi Allah swt.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan,
2012
No comments:
Post a Comment