Wahai pesakit yang mencari
penawar! Ketahuilah bahawa penyakit terbahagi kepada dua bahagian. Pertama
penyakit hakiki (sebenar) dan kedua ialah penyakit yang disangkakan (wahmi).
Mengenai penyakit hakiki, Allah
swt. Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mulia telah menjadikan penawar atau ubat
bagi setiap penyakit. Penawar itu disimpannya di dalam khazanah farmasiNya yang
agung, iaitu muka bumi ini. Penawar-penawar itu memerlukan penyakit. Allah swt
telah mencipta ubat bagi setiap penyakit. Oleh itu, mengunakan penawar bagi
tujuan perubatan adalah dibenarkan tetapi mestilah mengetahui bahawa
pemyembuhan dan kesan ubat tidak berlaku melainkan daripada Allah swt.
Sebagaimana Allah megurniakan
penyakit, begitulah juga Dia mengurniakan penyembuhan. Seseorang Muslim mesti
berpegang teguh dengan tunjuk ajar dan arahan doctor yang pakar. Ia adalah
rawatan yang paling penting, kerana kebanyakkan penyakit lahir daripada
penggunaan ubat yang tidak betul, tidak berpantang, tidak menghiraukan tunjuk
ajar yang diberikan, boros, dosa, kebodohan dan tidak berhati-hati.
Tidak syak lagi, seseorang doctor
yang baik akan memberikan nasihat dan pesanan dalam batas sempadan yang
dibenarkan. Dia juga akan memberikan amaran akibat daripada penggunaan ubat
dengan cara yang tidak betul. Di samping itu, dia juga akan sentiasa
menghiburkan hati para pesakitnya dan memberikan penghargaan. Ini akan
menyebabkan sesuatu penyakit yang ditanggung oleh pesakit akan berkurang kerana
nasihat, pesanan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh doctor. Bahkan dia
akan bergembira sebagai ganti daripada perasaan sakit, sempit dan resah
gelisah.
Manakala mengenai penyakit yang disangkakan (wahmi), maka
rawatannya yang paling berkesan ialah dengan tidak menghiraukannya. Kerana sesuatu yang disangkakan akan membesar dan melebar apabila ia sentiasa diambil
berat. Jika tidak dihiraukan, ia akan mengecil dan mengecut. Apabila seseorang
manusia mengganggu sarang tebuan, maka semua tebuan akan berkumpul dan
menyerangnya, tetapi apabila dia tidak menghiraukan sarang tersebut, tebuan itu
berpecah-pecah dan berselerak.
Jika seseorang sentiasa
bermain-main dengan khayalannya dengan penuh perhatian, dengan dia
mengkhayalkan wujud seutas tali yang tergantung di dalam gelap, maka
khayalannya itu akan menjadi besar bahkan kadang-kadang boleh menyebabkannya
melarikan diri seperti seorang gila yang ketakutan. Tetapi jika dia tidak ambil
peduli terhadap khayalannya, maka pasti dia akan mengetahui bahawa apa yang
disangkakannya itu hanyalah seutas tali, bukannya seekor ular yang besar. Lalu
dia akan merasa malu terhadap sangkaannya yang bukan-bukan.
Begitu juga dengan sakit yang
disangkakan ini, jika banyak dan membesat, ia akan bertukar menjadi penyakit
hakiki. Sangkaan di sisi seorang yang sensitive dan panic merupakan satu
penyakit yang amat menyusahkan, kerana dia menjadikan sesuatu perkara yang
kecil menjadi amat besar sekali.
Dengan itu, kekuatan maknawinya
akan lenyap, terutamanya ketika dia hanya menemui doktor palsu berhati keras
yang tidak memiliki perasaan belas kasihan, atau doktor yang tidak bersikap
adil. Doktor ini akan menghasut dan membangkitkan lagi sangkaannya sehingga
jika dia seorang yang kaya akan menjadi miskin, atau hilang akalnya bahkan dia
boleh kehilangan kesihatannya sama sekali.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment