Hikmat 11
Warisan hikmah yang seakan-akan
sama ialah, sedikit-sedikit lama-lama
jadi bukit dan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Lihat semula
perkataan lama sebagai menunjukkan bahawa untuk membina, menghimpun atau mengumpulkan
bukan sesuatu yang mudah dan singkat. Bila anda menyebut tentang membina,
serentak dengan itu anda mestilah menyertakan satu lagi perkataan yang amat
penting iaitu kesabaran.
Sungai akan melimpah jika hujan,
walau sedikit tetapi setiap hari. Ia tidak akan terjadi jika hujan sekali
sekala. Bahkan jika hujan lebat sekalipun tetapi sekejap atau sekali-sekala,
sungai tak akan melimpah.
Maksudnya mudah – sesuai dengan
fitrah manusia yang mampu melakukan secara berdikit-dikit, setingkat demi
setingkat, setapak demi setapak, bukan serentak. Walaupun sedikit demi sedikit
jika ia dilakukan berterusan setiap hari, sepanjang hayat, ia akhirnya akan
menghasilkan sesuatu yang besar, ia jauh lebih baik dari melakukan atau
menghimpun dengan banyak tetapi sekali sekala. Apatah lagi, jika berdikit-dikit
tetapi sekali-sekala. Yang tepat ialah mengikut fitrah manusia iaitu
berdikit-dikit tetapi berterusan.
Namun ramai di antara kita yang
menentang fitrah semula jadi manusia yang sepatutnya berdikit-dikit tetapi
berterusan, menukarnya, mengharapkan banyak, besar dan serentak. Bolehkah
mendapat? Hanya mendapat penat dan kekeciwaan.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment