Thursday, October 17, 2013

Kekaguman rekaan manusia

Esei 24

Piramid di Egypt meliputi beribu-ribu batu bata, ia diangkut dan disusun atur dengan kemas. Pembinaan tanpa wujudnya jentolak dan mesin. Namun ia kekal sebagai salah satu benda ajaib di dunia. Demikianlah dengan pelbagai penciptaan lain, kapal terbang, kereta juga komputer.

Pada tahun 1817 pula misalnya, B.Drais yang berbangsa Jerman telah menyambung 2 roda dengan palang kayu membina basikal yang pertama. Penunggang perlu menggerakkan basikal ini dengan menunjal kakinya ke tanah!
 
Sains dengan cepat melengkapkan kehidupan kita. Semua barangan saintifik yang hebat mempunyai permulaan yang lebih mudah, dikemaskini secara berterusan menerusi penemuan baru. Kita sekadar perlu mempunyai kuasa semangat dan keinginan untuk mengambil tahu.

Sejarah penciptaan mengajar kita untuk terus mencari daya tarikan dan menimbulkan imaginasi di sekeliling kita. Banyak ciptaan manusia telah membentuk proses ketamadunan. Fikiran yang mendalam disokong imaginasi yang subur,teknologi maju para saintis  dan mereka yang bermimpi telah mengembang dan memperkayakan masa depan kita demi pembinaan dunia yang lebih baik.

Kita semua mempunyai kreativiti tetapi tidak ramai yang tahu  bagaimana menggunakannya. ( Akio Morito )

Wallahu a’lam.

100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009

1 comment:

  1. Bertapa sains membantu mempermudah hidup kita dan lebih dapat mengembangkan imigenasi.

    ReplyDelete