Showing posts with label Teks Doa. Show all posts
Showing posts with label Teks Doa. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Kembali kepada fitrah

Ya Sami ‘ dan Ya Basir

Ya Allah Ya Khalik yang Maha Menciptakan, sesungguhnya Engkau telah menciptakan hambaMu ini dengan penuh kesempurnaan dan kesucian fitrahMu. Engkau telah meniupkan ke dalam jiwaku ini sedikit sifat-sifatMu. Ya Allah agar dengan sifat-sifat itu hambaMu mampu menzakatkan dan mengeluarkannya kepada manusia yang berada di sekelilingku.

Ya Allah, hambaMu memohon kepadaMu Ya Mu’id yang Maha Mengembalikan. Kembalikanlah jiwa hamba ini kepada kesucian dan kesempurnaan fitrahMu. Ya Rahman yang Maha Pemurah, Ya Rahim yang Maha Mengasihani, bantulah hambaMu ini menaburkan kasih sayang sesama insan agar dengan kasih sayang ini, kami dapat hidup harmoni dan bahagia serta mampu membantu sesama kami.

Ya Allah Ya Afuww yang Maha Pemaaf, bantulah hambaMu ini mengeluarkan sifat pemaaf yang ada di dalam jiwa ini agarku mampu memaafkan sesama insan. Sesungguhnya hambaMu ini banyak melakukan kesalahan kepada ahli keluargaku, rakan-rakanku dan insan di sekelilingku kerana kejahilan hambaMu ini dan sering kali mengikut hawa nafsuku. Maafkan hambaMu ini Ya Allah Ya Qahhar, bantulah hambaMu ini menundukkan nafsuku agar ianya sentiasa menjurus ke arah kebaikan dan kebajikan.

Ya Allah Ya Wahhab yang Maha Pemberi, bantulah hambaMu ini mengeluarkan sifat pemberi yang ada di dalam jiwa ini agar hambaMu ini mampu memberi dan menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan tanpa mengira sesiapa pun. Ikhlaskan niatku agar setiap kebajikanku ini Engkau redai dan mendapat ganjaran pahalaMu.

Ya Allah Ya Halim yang Maha Penyantun, bantulah hambaMu ini menjadi seorang penyantun sesama insan. Ya Allah Ya Syakur yang Maha Menghargai, bantulah hambaMu ini agar aku mampu menghargai dan menghormati sesama insan. Ya Allah Ya Latif. Engkau lembutkanlah perkataan dan perbuatan hambaMu ini agar  aku mampu menjalinkan persahabatan sesama insan di dunia ini. Ya Majid yang Maha Mulia Budi Pekerti, bantulah hambaMu ini menjadi seorang yang berbudi pekerti mulia. Ya Jalil yang Maha Tulus dan Jujur, bantulah hambaMu ini agar setiap perbuatanku. Ya Quddus yang Maha Suci, bantulah hambaMu ini membersihkan menyucikan hati agar dapat melahirkan segala sifat-sifat baik yang Engkau kurniakan. Ya Ba’ith yang Maha Membangkitkan Semangat, bantulah hambaMu ini dalam membangkitkan semangat sesama insan bagi meneruskan perjuangan hidup ini.

Ya Allah hambaMu ini sedar daku hanyalah hamba kepadaMu yang diwujudkan di dunia ini hanyalah untuk taat dan patuh kepadaMu dan melaksanakan kebaikan kepada manusia sepertimana taat dan patuhnya matahari, bulan dan bintang yang tidak pernah mengerti keingkaran dan kemungkaran. HambaMu ini sedar sesungguhnya, setiap makhluk yang Engkau ciptakan mempunyai tugas yang Engkau arahkan dan aturkan. Bantulah hambaMu ini agar daku mampu melaksanakan tugas khalifahMu ini dengan mengeluarkan dan menzakatkan seluruh sifat-sifat baikMu yang Engkau tiupkan ke dalam jiwa ini.

Aameen.

Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih

Tuesday, February 4, 2014

Doa Qunut


Ya Allah bagiMu segala puji dengan pujian yang banyak selama masih tetap ada langit dan bumi, bagiMu segala puji atas semua nikmatMu yang tidak terhitung. Maha Suci Engkau dan aku memujiMu, Engkaulah Tuhan sesembahan, Engkaulah Tuhan sesembahan dan kami semua hamba milikiMu. Maha Suci Engkau dan aku memujiMu. Maha Suci Engkau dan aku memujiMu, Engkaulah Yang Maha Pengampun dan kamilah orang-orang yang berbuat jelek.

Engkaulah Yang Maha Merajai dan kamilah makhluk milikMu. Engkaulah Yang Maha Perkasa dan kamilah orang-orang yang menzalimi. Engkaulah Yang Maha Pemberi rezeki dan kamilah orang-orang yang mendapat rezeki. Kami memohon padaMu wahai Tuhan kami.

Wahai Yang Maha merajai. Wahai Maha Benar. Wahai Maha Pemberi keterangan. Wahai Yang Maha Penyantun. Wahai Maha Penyayang.

Wahai Yang Maha Pemurah. Wahai Yang Maha Pemurah. Wahai Yang Maha Pemberi Syafaat. Wahai Yang Maha Pengampun. Wahai yang Maha Melihat.

Wahai Yang Maha Melihat. Wahai Yang Maha Mengetahui segala rahsia. Wahai Yang Maha mengangkat derajat. Wahai Yang Maha Pemilik kekuasaan. Wahai Yang Maha Pengasih. Ampunilah kami semua di malam kami ini. Ampunilah kami semua di malam kami ini.

Ampunilah kami semua di malam kami ini. Ampunilah kami semua di malam kami ini. Ampunilah kami semua di malam kami ini. Janganlah Engkau hukum kami atas segala dosa kami. Janganlah Engkau hukum kami atas segala dosa kami. Janganlah Engkau hukum kami  atas sifat menggampang-gampangkan kami dalam mengharap syurgaMu.Wahai Tuhan kami, kami belum mentaatiMu dengan sebenar-benar taat, kamu belum mendekatkan diri kami padaMu dengan sebenar-benarnya pendekatan.

Wahai Tuhan kami, akan tetapi kami mentaatiMu dalam hal-hal yang paling Engkau cintai. Kami bersaksi bahwa tiada sesembahan yang hak selain Engkau semata. Tiada sesuatu bagiMu. Kami bersaksi bahwa nabi kami Muhammad adalah hambaMu dan rasulMu. Wahai Tuhan, janganlah Engkau mengazab orang yang mentauhidkanMu, janganlah Engkau mengazab orang yang mentauhidkanMu. Janganlah Engkau mengazab orang yang hatinya telah mencapai puncak kecintaan padaMu dan lisannya selalu berzikir padaMu.

Wahai Yang Maha Pemberi. Wahai Yang Maha Pemberi. Wahai Yang Maha Pengasih. Kami memohon padaMu. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. Selamatkan leher kami dari neraka.

Wahai Tuhan kami. Wahai Tuhan kami. Segala sesuatu tunduk pada kehebatanMu, tunduk pula wajah-wajah ini pada kemuliaanMu. Maka semuanya kembali pada kebesaranMu. Kami memohon padaMu. Wahai Yang Maha Pecinta orang-orang yang mencintaiNya.

Wahai Yang Maha Memiliki keagungan. Wahai Yang Maha memiliki kesombongan. Wahai Yang Maha Memiliki kehebatan dan keabadian.

Ya Allah lindungilah kami dari neraka jahim. Lindungilah kami, lindungilah kami dari neraka jahim, lindungilah kami dari neraka jahim. Haramkan wajah kami atas neraka jahim, haramkan wajah kami atas neraka. Wahai Tuhan kami, Engkaulah Maha Pencipta dan Engkaulah Yang Maha Perkasa atas FirmanMu: Dan manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.

Wahai Tuhan kami, jangan Engkau setrika pipi kami dengan neraka. Maka sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas kami. Jangan Engkau azab kami. Maka sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas kami. Wahai Yang Maha Kuasa. Wahai Yang Maha Kuasa. Wahai Yang Maha Kuasa. Haramkan kami atas neraka. Haramkan kami atas neraka. Wahai zat yang segala urusannya adalah sesudah huruf KAAF dan NUUN. Firmankanlah: Jadilah kalian orang-orang yang selamat dari neraka, maka kami pun jadi selamat.

Firmankanlah: Jadilah kalian di malam ini termasuk orang-orang yang selamat dari neraka. Maka kami pun jadi selamat dengan rahmatMu. Wahai yang paling Pengasih di antara para pengasih.

Tiada sembahan yang hak kecuali Allah sebanyak apa yang terlintas di mata. Tiada sembahan yang hak kecuali Allah sebanyak apa yang telah ada dan aka nada. Tiada sembahan yang hak kecuali Allah. Maha Tinggi Allah atas apa yang mereka sekutukan.

Kami memohon padaMu. Wahai Yang Maha Mengangkat derajat. Wahai Yang Maha mengangkat derajat. Wahai Yang Maha menurunkan berkah.

Wahai Yang Maha Pengampun dosa. Wahai Yang Maha Pencipta makhluk. Wahai Yang Maha Pencipta makhluk hidup.Wahai Yang Maha Pencipta makhluk hidup. Kami memohon padaMu keridhaanMu dan syurga. Keridhaan dan syurga. Jadikan kami termasuk orang-orang yang Engkau berfirman tentang mereka: Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka.

Wahai Tuhan kami dan maulana kami, jadikan kami termasuk penghuni syurgaMu, syurga An-Na’im. Berada di antara pohon bidara yang tak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya.

Wahai Tuhan kami dan maulana kami, kami telah mendengar sifat surgaMu dalam kitabMu. Kami telah mendengar sifat syurga-surgaMu dalam QuranMu. Maka kami memohon padaMu Ya Allah, Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Jangan Engkau haramkan kami dari memasukinya.

Wahai Yang Paling Pemurah di antara para pemurah. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk penghuni syurga An-Na’im. Ya Allah, perlihatkan pada kami pencipta surga itu. Yang Maha Pemurah. Perlihatkan pada kami Pencipta syurga itu .Yang Maha Pemurah. Perliihatkan pada kami wajahMu Yang Agung. Wahai Yang Maha Agung. Wahai Ya Maha Agung. Wahai Yang Maha Agung. WAhai Yang Maha Agung berikan kami kesempatan melihat padaMu tanpa bahaya yang membahayakan tanpa fitnah yang menyesatkan dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pengasih di antara para pengasih.
Aameen.

Syeikh Hani Ar-Rifai
Imam Besar Riyadh, Arab Saudi

Sunday, November 3, 2013

Doa perasmian bengkel / mesyuarat

Pada hari ini dan saat ini, dengan rasa rendah hati, kami bermunajat memohon taufik dan hidayahMu.

Jadikanlah majlis perasmian bengkel /mesyuarat ini, sebagai majlis yang Engkau redai dan berkati. Ya Allah, berilah kami kekuatan, agar dapat mempergunakan seluruh tenaga dan pemikiran, bagi menjana satu nafas baru untuk berkongsi ilmu dan maklumat, moga mampu menangani keperluan dan tuntutan semasa, selari dengan era bestari dan globalisasi.
 
Lantas dengan kehendak dan hidayahMu ya Allah, mampu melahirkan generasi yang memiliki minda yang subur dan kreatif, kemahiran yang mapan dan semangat yang mantap, mampu beraksi di pentas dunia, berteraskan neraca iman dan tauhid.

Engkau gemblengkanlah seluruh tenaga kami ya Allah untuk mengempur anjakan pemikiran dan sikap dalam kalangan kami, agar bersedia membuka tingkap minda, untuk menerima perubahan, khususnya dalam menghadapi era teknologi maklumat. Cetuskan idea, dan gerakkan minda kami, untuk terus menjana kecemerlangan dalam arena pendidikan dalam kalangan anak didik kami, dalam tiga dimensi iaitu intelektual, iman dan akhlak. Atas kebesaranMu ya Allah, kami mengharap pertolongan dan rahmatMu yang berpanjangan.

Ya Allah, Engkau jinakkanlah hati-hati anak-anak didik kami, untuk sentiasa mengingatiMu, sentiasa merasakan kehadiranMu dalam diri mereka, tanpa batasan waktu, keadaan dan tempat. Jadikanlah mereka generasi pelajar yang celik al-Quran dan fardhu ain, untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Pahatkanlah nama-nama kami ya Allah, ibu bapa kami, guru-guru kami dan seluruh anak didik kami, di pintu syurgaMu.

Ya Allah, Engkau mantapkanlah semangat dan hasil kerja kami, untuk terus menghambat kejayaan demi kejayaan, dengan penuh dedikasi dan cekal, ke arah menjana kecemerlangan yang berterusan.

Sesungguhnya kami sedar ya Allah, bahawa kami tidak berdaya menjalankan tugas dengan sempurna, melainkan dengan keizinan dan kehendakMu. Justeru itu, Engkau gilapkanlah minda kami, agar mampu berfikir menjangkau zaman, serta mampu membuat perancangan di luar kebiasaan. Dengan penuh jujur dan ikhlas, dalam melaksanakan segala tugas. Moga, segala usaha kami berada di dalam keredaanMu ya Tuhan.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu agar Engkau memberi kekuatan untuk kami mengaplikasikan segala pengisian yang diperbincangkan di akhir bengkel / mesyuarat ini nanti, mudah-mudahan yang dirancang mampu terlaksana dan segala hasrat serta impian kami akan dikabulkan olehMu ya Allah.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami selepas daripada majlis ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada sebarang bala bencana dan kemaksiatan.

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan dosa mukminin dan mukminat seluruhnya sama ada yang hidup mahupun yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kami.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan di akhirat, dan selamatkan kami daripada azab api neraka.Aameen.

Hj Muhidir Hj Tamjis
Senjata Mukmin

Sunday, October 13, 2013

Doa Malam Arafah



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah! Sampaikan selawat ke atas Rasulullah dan keluarganya.
 
Ya Allah! Wahai Yang Menyaksikan setiap rintihan. Wahai tumpuan setiap pengaduan. Wahai Yang Mengetahui semua rahsia. Wahai Pengakhir dari segala keperluan. Wahai Yang Memulai dengan kenikmatan pada semua hamba-Nya. Wahai yang mulia ampunan-Nya. Wahai yang baik maghfirah-Nya. Wahai Yang Maha Dermawan. Wahai Yang dari-Nya tidak tersembunyi kegelapan malam, lautan yang berderu, langit yang berawan tebal dan gelap bercampur badai. Wahai Yang di sisi-Nya gelap menjadi cahaya.

Daku memohon kepada-Mu dengan cahaya wajah-Mu yang mulia, yang apabila Dikau nampakkan pada gunung ia hancur dan Nabi Musa pun jatuh tersungkur. Dengan Asma-Mu yang tersimpan kukuh, yang tertulis dan suci, yang apabila berdoa kepada-Mu dengannya Dikau makbulkan, dan bila meminta Dikau tunaikannya.

Dengan Asma-Mu yang suci, yang quddus dan jelas, yang berupa cahaya di atas semua cahaya, cahaya dari cahaya yang menyinari semua cahaya. Yang jika sampai ke bumi ia terbelah, bila sampai ke langit ia terbuka, dan bila sampai ke arasy ia bergoncang.

Wahai Yang Maha Mengabulkan doa! Dengan hak semua nama dan doa yang telah daku sebutkan. Daku memohon kepada-Mu, ampunilah dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang, yang kami sembunyikan dan yang kami nampakkan, Dikau lebih mengetahui daripada kami, sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ampunilah dosa-dosa kami dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

Wahai Yang Menjaga setiap yang terasing. Wahai Yang Menghibur setiap yang sendirian. Wahai Yang Menguatkan setiap yang lemah. Wahai Yang Menolong setiap yang teraniaya. Wahai Yang Memberi rezeki setiap yang berhalangan. Wahai Yang Menghibur setiap yang terhempas. Wahai Yang Menemani setiap musafir. Wahai Yang Menjaga setiap hadirin. Wahai Yang Mengampuni semua dosa dan kesalahan.

Wahai Yang Melindungi setiap yang memohon perlindungan; Wahai Yang Menolong setiap jeritan yang mencari pertolongan; Wahai Yang Menghilangkan derita orang-orang yang menderita; Wahai Yang Menggembirakan duka orang-orang yang berduka; Wahai Yang Menciptakan langit dan bumi; Wahai Pengakhir tujuan para pengharap; Wahai Yang Memperkenankan doa orang-orang yang sengsara; Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Wahai Tuhan alam semesta; Wahai Yang Membalas pada Hari Pembalasan.
 
Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang dermawan; Wahai Yang Paling Mulia dari semua yang mulia; Wahai Yang Maha Mendengar dari semua yang mendengar; Wahai Yang Maha Melihat dari semua yang melihat; Wahai Yang Maha Kuasa dari semua yang berkuasa.

Ampunilah dosa-dosaku yang mengubah kenikmatan. Ampunilah dosa-dosaku yang mewarisi penyesalan. Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana. Ampunilah dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan. Ampunilah dosa-dosaku yang menahan doa. Ampunilah dosa-dosaku yang menahan turunnya hujan. Ampunilah dosa-dosaku yang mempercepatkan kebinasaan. Ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan penderitaan. Ampunilah dosa-dosaku yang mengelapkan hati. Ampunilah dosa-dosaku yang menutupi tirai. Ampunilah dosa-dosaku yang tiada memaafkannya kecuali Dikau, Ya Allah!

Jauhkan dariku setiap akibat buruk dari makhluk-Mu. Jadikan urusanku kebahagiaan bagiku, jalan keluar dan kemudahan. Tanamkan ke dalam dadaku keyakinan pada-Mu, dan ke dalam qalbuku harapan pada-Mu. Sehingga daku tidak berharap kepada selain-Mu.

Ya Allah! Jagalah daku dan selamatkan daku dalam keadaanku ini. Temani daku pada malam dan siangku, di depan dan di belakangku, di kanan dan kiriku, di atas dan di bawahku.

Mudahkan daku dalam perjalanan. Muliakan daku dengan kemudahan. Jangan hinakan daku dengan kesukaran. Berilah daku petunjuk Wahai Pemberi petunjuk yang terbaik. Jangan biarkan daku sendirian dalam segala urusanku. Karuniakan padaku setiap kebahagiaan.
Kembalikan daku pada keluargaku dengan kejayaan dan keselamatan yang dihiasi kebahagiaan, cepat atau lambat. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Anugerahkan padaku kurniaan-Mu. Luaskan bagiku rezeki-Mu yang baik. Anugerahkan padaku kekuatan beramal untuk beramal dalam ketaatan pada-Mu. Selamatkan daku dari seksa-Mu dan neraka-Mu. Masukkan daku ke syurga-Mu dengan rahmat-Mu ketika daku kembali kepada-Mu.

Ya Allah! Sungguh daku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat-Mu, berubahnya keselamatan-Mu, datangnya seksa dan azab-Mu. Daku berlindung kepada-Mu dari bala yang berat dan kesengsaraan, dari takdir yang buruk dan kejahatan musuh-musuh-Mu, dari keburukan yang datang dari langit dan keburukan yang disebutkan dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah! Jangan golongkan daku dengan orang-orang yang buruk dan penghuni neraka. Jangan halangi daku untuk bersahabat dengan orang-orang yang baik. Hidupkan daku dengan kehidupan yang baik; Matikan daku dengan kematian yang baik yang membawa daku pada orang yang baik. Anugerahkan padaku persahabatan dengan para Nabi di tempat yang benar di sisi Pemilik Yang Maha Kuasa.

Ya Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu. Segala puji bagi-Mu yang telah membawa mereka pada agama Islam dan mengikuti sunnah Nabi-Mu.

Wahai Tuhanku! Sebagaimana telah Dikau tunjuki mereka pada agama-Mu dan Dikau ajarkan kepada mereka kitab-Mu, maka tunjuki kami dan ajari kami.

Segala puji bagi-Mu yang telah membawa daku pada kebaikan ujian-Mu dan ciptaan-Mu secara khusus bagiku. Sebagaimana Dikau ciptakan daku lalu Dikau jadikan daku dengan ciptakan yang baik, Dikau ajari daku lalu Dikau baikkan pengajaran padaku. Dikau tunjukkan daku lalu Kau baguskan petunjuk bagiku. Segala puji hanya milik-Mu puji atas segala nikmat yang telah Dikau berikan padaku yang dahulu atau yang baru.

Betapa banyak penderitaan pada Junjunganku yang Dikau bahagiakan. Betapa banyak kesengsaraan Junjunganku yang Dikau hilangkan. Betapa banyak kesukaran Junjunganku yang Dikau lepaskan. Betapa banyak cubaan Junjunganku yang Dikau singkirkan. Dan betapa banyak aib Junjunganku yang Dikau rahsiakan. Segala puji hanya milik-Mu puji dalam segala keadaan, tempat dan waktu, dalam keadaan ini dan segala keadaan.

Ya Allah! Jadikan daku tergolong kepada hamba-hamba-Mu yang memperoleh bahagian yang paling utama pada hari ini dari kebaikan yang Dikau bahagikan atau penderitaan yang Dikau hilangkan; Kesulitan yang Dikau singkirkan, cubaan yang Dikau tolakkan, kebaikan yang Dikau curahkan, rahmat yang Dikau sebarkan, keselamatan yang Dikau berikan. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Hanya di tangan-Mu semua khazanah langit dan bumi.

Dikau Maha Esa, Maha Mulia dan Maha Pemberi. Dikaulah yang tidak menolak orang yang memohon, yang tidak mengsia-siakan orang yang berharap, yang tidak kekurangan sedikit pun kurnia-Nya kerana orang yang memperolehinya dan tidak akan habis segala yang ada di sisi-Nya. Bahkan bertambah banyak kebaikan-Nya, pemberian dan kepermurahaan-Nya.

Kurniakan padaku dari khazanah-khazanah-Mu apa yang tidak pernah musnah dan dari rahmat-Mu yang sangat luas. Sesungguhnya pemberian-Mu tidak pernah terhalang. Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu; Dengan rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Mafâtihul Jinân: Bab 2, Fasal 5
http://shafiqolbu.wordpress.com

Monday, August 12, 2013

Sesudah solat fardhu



Bismillaahir rahmaanir rahim. Alhamdu lillaahi rabbil ‘aa-lamiin, wassalaatu wassalaamu ‘alaa say-yidinaa Muhammadin asyrafil ambiyaa-i wal mursalin, wa’a-laa aa-lihi wasahahbihii ajma-iin.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala kepujian bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami nabi Muhammad semulia-mulia pesuruhNya serta atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Allaa-hum-mar zuqnii mutaa ba-‘a-tan nabiy-yi sallallahu ‘alai hi wasallam. Awwalan wa aa-khiran, wa-zhaa-hiran wabaatinan, waqaulan wafi’-lan wa ‘ibaadatan wa-‘amalan saaliha.

Ya Allah wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepadaku keinginan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak langkah junjungan kami nabi Muhammad saw awalnya, akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.

Alla-humma ahyinii bil ii-maan, wa-a-mitnii bil ii-maan, wa-adkhilnil jan-nata ma-‘al ii-maan.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah aku dalam keadaan beriman, dan matikanlah aku dalam keadaan beriman dan masukkanlah aku ke syurga dalam keadaan beriman.

Allaa-hummagh firlii zunuubii waliwaa lidayya, warham humaa kamaa rabbayaanii saghii-raa, walijamii’il muslimii na-wal muslimaat, wa mu’-minii na-wal mu’minaat, al ahyaa-I minhum wal amwaat.

Ya Allah wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku dan cucurkalah rahmat kepada kedua-duanya sebagaimana mereka membela aku semasa aku masih kecil, dan ampunkanlah dosa semua orang-orang Islam lelaki dan perempuan dan semua orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan.

Rabbii laa tuzigh quluubii ba’-da iz-hadaitanii wahablii mil-ladunn-ka rahmah, in-naka antal wahhaab.

Ya Allah wahai Tuhan kami, janganlah kiranya Tuhanku pusingkan imanku sesudah Tuhanku kurniakan kepadaku pertunjuk. Anugerahkanlah kepadaku rahmat kerana bahawa sesungguhnya Tuhanku Maha Pengurnia.

Allaa-humma in-nii a-‘uu-zubika minal syak-ki wasy-syir-ki, wa-a-‘uu-zubika mi nal kufri wan-nifaaq, wa-a-‘uu-zubika min suu-il akh-laaqi, wa suu-il man-zhari wal munn-qalabi fil maali wal ahli wal-walad.

Ya Allah wahai wahai Tuhan kami, aku berlindung denganMu daripada syak wasangka dan mempersekutukanMu, daripada kufur tidak percaya atau beriman pura-pura dan aku mohon juga daripadaMu perlindungan dari akhlak yang buruk, pandangan dan hati yang jahat, pada keluargaku dan pada anak-anakku sekalian.

Allaa-humma tawwil umurii, wa sah-hih jasa-dii, wanawwir qalbii, wa tsab-bit iimaanii, wa ahsin a’-maalii wawas-si’ rizqii, wa i-lal khay-ri qarribnii, waminasy-syarri ab-‘idnii, waq-dhi hawaa ijii fiddiini wad-dunyaa wal-aa-khirah.

Ya Allah wahai Tuhan kami, panjangkanlah umurku, sihatkan tubuh badanku, terangkan hatiku, murahkan rezekiku, hampirkan diriku kepada kebaikan, sebaliknya jauhkan diriku daripada kejahatan, tunaikan segala hajatku mengenai urusan agama, di dunia dan akhirat.

Allaa-humma in-nii a-‘uu-zubika min zawaali ni’-matika, watahau-wuli ‘aa-fiyatika, wafaj-a-ti niqmatika, wajamii-‘i sa-kho-tik.

Ya Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganMu daripada kehilangan nikmat dan daripada tubuh badan tidak sihat dan daripada timpaan bala percubaan yang datang mengejut dan daripada kemurkaan Tuhanku.

Allaa-humma in-nii a-‘uu-zubika minal ham-mi walhazan, wa-a-‘uu-zubika minal ‘aj-zi walkasal, wa-a-‘uu-zubika minal-jubni wal-bukh-li, wa-a-‘uuzubika min ghalabatid daini waqah-rir-rijaal.

Ya Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, aku mohon perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, daripada perasaan takut dan kedekut, daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Allaa-humma in-nii a-‘uu-zubika min juhdil balaa, wadar-kisy-syaqaa, wasuu-il qadhaa, wa syamaa-tatil a’daa, wa ‘u-dhaa-lid-daa, wa khaibatir-rajaa.

Ya Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganMu daripada melampau-lampau mendapat bala, daripada berpanjangan mendapat kecelakaan dan tidak baik kesudahan. Juga aku mohon perlindungan daripadaMu daripada kegembiraan orang-orang yang membenci aku atas kekecewaanku, dan aku mohon perlindungan juga daripada menghidapi penyakit dan hampa harapan.

Allaa-humma laatada’ lii zamban il-laa ghafartah, walaa hamman il-laa farrajtah, walaa dharran il-laa ka-syaf-tah, walaa dainan il-laa qa-dhy-tah, walaa haajatan min hawaa ijiddunyaa wal aa-khirati il-laa qa-dhay-tahaa birah matika yaa arhamar raahimiin.

Ya Allah wahai Tuhan kami, tidak kiranya hinggap (terbeban) satu dosa kepadaku melainkan semoga Engkau ampuni. Tidak tertimpa akan daku walau apa juga kemudharatan melainkan semoga Engkau hapuskan, tidak terhutang walau satu hutang melainkan semoga Engkau menjelaskan, tidak timbul barang satu hajat dari diriku sama ada hajat yang mengenai hal-hal dunia atau akhirat melainkan semoga Engkau tunaikan, mohon limpah rahmatMu jua ya Allah Tuhan sebaik-baik yang memberi rahmat.

Alla-humma in-nii as aluka muujibaati rahmatika wa’azaa ima magh-fira tika wassalaa-mati minn kulli it-mi wal ghanimata minn kulli birrin, wal fauza biljannati wan-najaati minan-naar.

Ya Allah wahai Tuhan kami, aku mohon kepadaMu segala sebab-sebab yang boleh menolong mendapatkan rahmatMu dan keampunanMu, terselamat daripada dosa sebaliknya berbahagia mendapat syurga serta terselamat daripada neraka.

Rabbanaa aa-tinaa fiddunyaa hasanah, wafil aa-khirati hasanah, waqinaa ‘azaaban-naar

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan dalam dunia ini dan juga dalam akhirat dan peliharakanlah kami daripada azab neraka.

Wasallalaahu ‘alaa say-yidinaa Muhammad, wa ‘alaa aa-lihi wasahbihii wasallam, walhamdu lillaahi rabbil ‘aa-lamiin.

Barang dicucuri rahmat dan sejahtera atas junjungan kami nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Monday, May 27, 2013

Doa Majlis Nuzul Al-Quran



Ya Allah, wahai Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah segala taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat Lagi Maha Mengasihani. Tunjukkanlah kami dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan menuju jalan yang lurus dengan keberkatan Al-Quran.

Ya Allah wahai Tuhan kami, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran. Muliakan diri kami dengan kemuliaan al-Quran. Serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran. Pakaikan kami dengan pakaian permata al-Quran. Masukkan kami ke dalam surga dengan syafaat al-Quran. Selamatkan kami dari segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan barakah kehormatan al-Quran.

Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu dan sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman dan sebagai pelindung dan pendinding daripada bakaran api neraka.

Ya Allah, jadikan juga al-Quran untuk kami sebagai panduan dan sebagai ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkan kami daripada azab neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran. Ya Allah wahai Tuhan yang empunya segala macam kelebihan dan ihsan.

Ya Allah, kasihanilah kami. Jadikanlah al-Quran sebagai pimpinan, cahaya dan hidayah kami. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa. Ajarkan kami Ya Allah tentang isi al-Quran. Kurniakan kami kelapangan untuk membaca al-Quran pada setiap waktu siang dan malam, semoga kami mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ya Allah wahai Tuhan sekalian alam.

Ameen.Ya Rabb

Ust. Hj. Muhidir b Hj Tamjis
Senjata Mu’min

Saturday, May 25, 2013

Doa Majlis Anugerah Cemerlang



Segala puji hanya untukMu Ya Allah, selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammd saw. Ya Allah, kami merafa’kan kesyukuran di atas keizinanMu untuk kami berkumpul, menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah hati agar kami dikurniakan limpah kurnia, inayah dan riayah,  taufik dan hidayah, agar kami dikurniakan keafiatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya serta dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Segala puji juga bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami memohon pertolongan . Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Sesungguhnya kecemerlangan menjadi tuntutan dalam ajaran agamaMu, kualiti dan kecemerlangan jugalah tuntutan RasulMu Muhammad saw. Semoga segala kecemerlangan yang kami kecapi bakal menjadi perangsang dan pencetus kepada kegemilangan organisasi yang kami cintai, agama, bangsa dan negara kami.

Dengan berkat kebesaranMu Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami, semoga dapat kami teruskan kecemerlangan dan kejayaan serta dapat kami cernakan amalan kualiti dalam segenap bidang kehidupan kami. Ya Allah, seandainya kami cemerlang pada pandangan manusia maka jadikanlah kecemerlangan kami itu lebih gemilang dalam melaksanakan tuntutan agamaMu. Ya Allah, kerana itulah matlamat sebenar kehidupan kami untuk mendapatkan kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, berilah kami kekuatan, agar kecemerlangan itu dapat dipergunakan seluruh tenaga dan pemikiran bagi menjana nafas baru dalam perkongsian ilmu, kemahiran dan sikap yang mampu menangani keperluan dan tuntutan semasa, selari dengan era bestari dan globalisasi. Lahirlah hendaknya generasi berminda subur dan kreatif, berkemahiran mapan, bersemangat mantap serta mampu beraksi di pentas dunia berteraskan neraca iman dan tauhid dalam intelektual, iman dan akhlaknya. Pahatkanlah nama-nama kami, generasi kami yang terdahulu dan akan datang ,Ya Allah di pintu syurga-Mu.

Ya Allah, Engkau mantapkanlah semangat dan hasil kerja kami, untuk terus menghambat kejayaan demi kejayaan, dengan penuh dedikasi dan cekal, ke arah menjana kecemerlangan yang berterusan. Kami bermohon agar orang yang cemerlang dari kalangan kami memimpin orang yang buruk akhlaknya, orang yang cuai dipimpin oleh mereka yang rajin bekerja. Kurniakanlah kepada kami kebaikan dengan berkat keagungan zatMu yang mulia.

Sesungguhnya kami sedar Ya Allah, bahawa kami tidak berdaya menjalankan tugas dengan sempurna, melainkan dengan keizinan dan kehendakMu jua. Justeru itu Ya Allah, Engkau gilapkanlah minda kami agar mampu berfikir menjangkau zaman serta berupaya membuat perancangan di luar kebiasaan. Sucikanlah hati nurani kami, agar sentiasa jujur dan ikhlas, dalam melaksanakan segala tugas. Jika amal kami itu tidak suci, mahu disucikannya Ya Allah. Mudah-mudahan, segala nilai kecemerlangan yang dimaksudkan untuk anugerah ini, benar-benar cemerlang, cemerlang menurut penilaian kami dan cemerlang jua di sisiMu Ya Allah.

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami dan dosa mukminin dan mukminat seluruhnya sama ada yang masih hidup mahupun yang telah terlebih dahulu meninggalkan kami.

Ameen.Ya Kareem.

Ust. Hj. Muhidir b Hj Tamjis
Senjata Mu’min

Tuesday, April 9, 2013

Doa majlis keraian


Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud,
                                                                            
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri majlis ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa.

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan organisasi kami di persada arus perdana kecemerlangan negara.

Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik , kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini, agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami yang utama dan bersama .

 Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Aameen Ya Rabbal’alamen


Wednesday, January 16, 2013

Doa tatkala pengisytiharan Kemerdekaan Negara 1957


Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

 Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said
Stadium Merdeka
31hb Ogos 1957.
( muftins.gov.my )

Thursday, December 27, 2012

Doa Tahun Baru Masehi


Segala puji hanya untukMu Ya Allah, selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Kepada sekalian keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Kami berhimpun pada hari ini, bersempena Sambutan Tahun Baru Masehi, menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan limpah kurnia, inayah dan riayah, taufik dan hidayah, agar kami jua dianugerahkan kesihatan, kekuatan  dan keafiatan, tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya serta dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Bersempena dengan perhimpunan yang kami adakan ini, kami memohon supaya pengertian, falsafah serta semangat tahun baru Masehi sebagaimana Maal Hijrah semangatnya akan sentiasa hidup di hati sanubari kami. Ya Allah, gerakkanlah hati, amalan dan fikiran kami ke arah amalan makruf. Berhijrah daripada maksiat kepada taubat nasuha dan keinsafan. Berhijrah dari kekufuran nikmat kepada bersyukur. Berhijrah kepada malas kepada rajin dan sedia berkorban. Berhijrah daripada jahil kepada berpengetahuan. Berkeadaan tidak baik kepada baik, lebih baik dan terbaik mengikut petunjuk dan pimpinanMu, Ya Allah. Semoga kami dapat menempuh hidup baru dan maju ke hadapan sesuai dengan tujuan manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi yang luas terbentang.

Ya Allah, kami menadah tangan kepadaMu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-namaMu yang indah, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di sampingMu.Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon belas kasihanMu, pertautkanlah hubungan kemesraan dan kasih sayang kami sekental-kentalnya. Kami mengharapkan perdampingan taufik dan hidayahMu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami.

Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh angota badan kami memiliki jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hambaMu  yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan fikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama dan kebaikan untuk dri kami dan orang-orang di sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaanMu yang dapat melindungi kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerungsingan. Ya Allah, kabulkanlah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepadaMu, Wahai Tuhan yang memberikan pertolongan kepada hamba yang meminta pertolongan, bantulah kami.

Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan kami, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum muslimin keseluruhannya untuk kami memelihara agamaMu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmatMu sepertimana yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerungsingan.

Ya Allah, kekalkan tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagiaan dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami penuh dengan keberkatan. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang semulia-mulia tahun yang Engkau berkati kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersamaMu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami selepas dari majlis ini sebagai perpisahan yag terpelihara daripada sebarang bala bencana dan kemaksiatan.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan di akhirat, dan selamatkan kami daripada azab api neraka. Aameen.

Adaptasi Doa Maal Hijrah
Ust Hj Muhidir b Hj Tamjis

Thursday, December 20, 2012

Doa awal tahun persekolahan


Segala puji hanya untukMu Ya Allah. Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, kepada sekalian keluarga, sahabat-sahabat dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sekalian.

Kami berhimpun di dewan yang mulia ini pada hari pertama persekolahan bagi tahun ini, menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan limpah kurnia, inayah dan riayah, taufik dan hidayah agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya serta dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Sesungguhnya, menjelang tahun baru bererti usia kami semakin meningkat. Jadikan kelanjutan usia ini satu rahmat kepada kami, untuk terus beribadah kepadaMu, jauh sekali daripada menderhakai segala perintahMu. Hari-hari yang berlalu, jadikanlah ianya sebagai renungan. Yang baik dan manis menjadi ingatan. Yang pahit menjadi pengajaran. Itulah sebaik-baik muhasabah, sebagai panduan untuk menjejaki hari-hari mendatang. Mudah-mudahan, kehidupan pada hari ini dan pada masa-masa akan datang, akan lebih cemerlang daripada kehidupan masa silam.

Ya Allah, perbaikilah hubungan antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan petunjuk kepada yang terang benderang cahaya, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi. Ya Allah, limpahkanlah keberkatan kepada kami, isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami dan seluruh muslim dan muslimat.

Bantulah kami bagi melaksanakan amanah menuntut ilmu ini, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hindarkan kami daripada melakukan amal perbuatan pimpinan syaitan. Berikanlah kekuatan kepada kami agar memperoleh keredaan ilmu dan dapat memanfaatkan ilmu untuk mengharapkan keredhaanMu Ya Allah.

Ya Allah, Engkau tingkatkanlah keilmuan, keazaman dan komitmen kami, untuk terus menjalankan segala tanggungjawab. Justeru itu Ya Allah, tingkatkanlah semangat dan hasil kerja kami untuk terus menghambat kejayaan demi kejayaan, dengan penuh dedikasi, cekal dan proaktif, selaras dengan sabda rasulMu yang bermaksud : Sesungguhnya Allah amat mengasihi seseorang daripada kamu, yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, akan dilakukannya dengan penuh kesungguhan.

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami dan dosa mukminin dan  dan mukminat seluruhnya sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggalkan kami.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami daripada azab api neraka. Aameen.

Ust Hj Muhidir bin Hj Tamjis
Senjata Mu’min

Tuesday, December 11, 2012

Doa Majlis Kesyukuran


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagiMu. Ya Allah, kebaikan itu untuk orang yang bertakwa. Tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi. Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan, dan pengakhiran segala Nabi dan seluruh keluarga dan sahabat baginda.

Ya Allah Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami nilai kesyukuran untuk kami sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan nikmat yang Kau berikan kepada kedua-dua ibu bapa kami, sehingga kami dapat melaksanakan amal soleh yang membawa keredaanMu. Jadikan kebaikan yang kami lakukan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak kami. Dan masukkan kami ke dalam rahmatMu sebagai hamba yang soleh.
              
Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan perintahMu dan berilah kami kemanisan berzikr. Berilah juga kepada kami kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaanMu. Dan jagalah kami dengan jagaan dan perlindunganMu, wahai Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Ya Allah bantulah kami untuk mengerjakan ibadah. Jauhkanlah kami daripada selaput dosa. Dan berilah kami peluang dan ruang untuk mengingatiMu secara berterusan, dengan taufik hidayah yang kami amat-amat harapkan, wahai Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat.

Ya Allah, sediakan bagi kami sebahagian daripada keluasan rahmatMu. Berilah kami petunjuk dengan ajaran-ajaranMu. Bimbinglah kami menuju keredaanMu yang penuh dengan kecintaanMu.

Ya Allah, tanamkan dalam diri kami kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat dan fasik. Ya Allah jauhkanlah kami daripada kemurkaanMu dan seksaan api neraka dengan pertolonganMu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.
 
Ya Allah, sesungguhnya hambaMu memohon dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya dan mantap, rezeki yang luas, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa menyebut-yebut namaMu, barang-barang yang halal yang baik, taubat yang bersungguh-sungguh sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitungkan amalan, kejayaan dengan mendapat syurga dan keselamatan dari neraka dengan kasihan belasMu ya Allah, Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.

Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Mendengar segala permintaan dan pengharapan setiap hambaNya. Berkatilah sisa umur kami, jadikan umur yang tersisa ini membawa kemaslahatan bagi kami, bagi orang tua kami bagi keluarga kami dan bagi sekalian umat Islam.
 
Ya Allah ampunilah segala kelalaian kami. Ya Allah, jadikanlah hari ini menjadi hari ampunan bagi segala dosa kami. Hari yang Engkau gantikan segala kegelapan kepada cahaya di hati kami.

Ya Allah, jangan biarkan kesibukan dunia membutakan hati kami. Jangan biarkan hawa nafsu menjerumuskan kami ke lembah kehinaan.

Ya Allah, tetapkanlah bagi kami kesabaran. Jangan biarkan amarah membuat kami terhina dalam kezaliman.

Ya Allah, sediakanlah untuk kami sebahagian dari rahmatMu yang luas. Berikanlah kami petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang.

Ya Allah, hiasilah diri kami dengan ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membawa kepada keluhuran akhlak kami.
 
Ya Allah, jadikan kami orang yang sentiasa bersyukur dan jadikan kami di kalangan orang yang sabar. Jadikan juga apa yang kami lakukan yang pada penilaian kami amat kecil ertinya tetapi besar pada penilaian di mata manusia.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami daripada azab api neraka. Aameen.

Ust Hj Muhidir b Hj Tamjis
Senjata Mu’min

Monday, December 10, 2012

Doa Penerang Hati


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagiMu Ya Allah, kebaikan itu untuk orang yang bertakwa., tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi. Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat baginda.

Wahai Tuhan yang telah mengajar Ibrahim akan hikmah, wahai Tuhan yang telah memberikan kefahaman kepada Sulaiman dengan sebaik-baik kefahaman. Maka Kami (Allah) berikan kepada nabi Sulaiman pemahaman hukum yang lebih tepat dan Kami telah berikan kepada Daud dan Sulaiman hikmat kebijaksanaan dan ilmu yang banyak dan Kami mudahkan gunung-gunung dan unggas memuji Kami (Allah) bersama-sama Nabi Daud. Dan Kami (Allah) berkuasa melakukan semuanya itu. Wahai Tuhan nabi Allah Sulaiman, nabi Ibrahim, nabi Musa, nabi Isa dan nabi Muhammad saw. Keluarkanlah kami dari kegelapan, kejahilan dan sifat lupa dengan rahmatMu. Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Pengurnia Rahmat.

Ya Allah, tambahkanlah kepada kami ilmu, kurniakan kepada kami kefahaman dengan rahmatMu, Wahai Tuhan sebaik-baik pemberi rahmat.

Ya Allah, terangi kami dengan sinaran cahayaMu dan jauhkan kami daripada sifat lupa. Wahai Tuhan sebaik-baik pemberi rahmat.

Ya Allah, kurniakan kepada kami kefahaman umpama para nabi, kekuatan ingatan umpama ingatan para rasul. Kurniakan kami juga Ya Allah, ilham umpama ilham para Malaikat yang hampir denganMu. Ya Allah, Wahai Tuhan sebaik-baik pemberi rahmat.

Ya Allah ,Tuhan yang memiliki keindahan langit dan bumi yang mempunyai kehebatan dan kemuliaan yang tidak dicapai oleh makhluk selainMu Ya Allah.

Kami memohon daripadaMu, Ya Allah agar Kau berikan cahaya penglihatan kami kepada kitabMu.

Kau lancarkan lidah kami untuk membaca kitabMu, Kau lapangkanlah dada dan hati kami agar segala tubuh badan kami akan patuh kepada segala suruhanMu. Sesungguhnya tiada yang mampu menjelmakan hidayah kebenaran Islam kecuali Engkau Ya Allah. Dan tiada tempat untuk berlindung dan mempunyai segala kekuatan kecuali kepadaMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.

Wahai Tuhan kami, hiasilah akhlak anak-anak kami dengan hiasan al-Quran dan cenderungkan hati mereka ke arah petunjuk dan hidayah.

Ya Allah, bukakanlah kepada kami pintu pengetahuan dan mantapkan ilmu fardhu ain dan ilmu tentang al-Quran dan hadis dan tunjukkan kami jalan yang lurus dan selamat. Wahai Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, manfaatkanlah dengan ilmu yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada kami dan tambahkanlah ilmu kepada kami pada setiap masa dan ketika.

Ya Allah, jadikanlah ilmu sebagai pembela kepada kami dan janganlah Kau jadikan ianya sebagai penentang kepada kami dan jadikanlah segala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebajikan itu dapat kami ikuti serta contoh dalam hidup kami.

Wahai Tuhan kami, tunaikanlah hajat permintaan kami. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, perkenankanlah segala hajat kami ya Allah dengan keberkatan nabi Muhammad saw dan kemuliaan Al-Fatehah. Ameen.

Ust Hj Muhidir b Hj Tamjis
Senjata Mu’min

Tuesday, December 4, 2012

Doa Persidangan


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang Engkau redai.
 
Justeru berkat dan rahmatilah perhimpunan dan persidangan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Anugerahkanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat , bangsa, negara dan agama. Ameen.

Subang Jaya