Bismillaahir rahmaanir rahim.
Alhamdu lillaahi rabbil ‘aa-lamiin, wassalaatu wassalaamu ‘alaa say-yidinaa
Muhammadin asyrafil ambiyaa-i wal mursalin, wa’a-laa aa-lihi wasahahbihii
ajma-iin.
Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala kepujian bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh
alam. Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami nabi Muhammad semulia-mulia
pesuruhNya serta atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Allaa-hum-mar zuqnii mutaa
ba-‘a-tan nabiy-yi sallallahu ‘alai hi wasallam. Awwalan wa aa-khiran,
wa-zhaa-hiran wabaatinan, waqaulan wafi’-lan wa ‘ibaadatan wa-‘amalan saaliha.
Ya Allah wahai Tuhan kami,
kurniakanlah kepadaku keinginan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak langkah
junjungan kami nabi Muhammad saw awalnya, akhirnya, lahirnya, batinnya,
perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.
Alla-humma ahyinii bil ii-maan, wa-a-mitnii bil ii-maan,
wa-adkhilnil jan-nata ma-‘al ii-maan.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkanlah aku dalam keadaan beriman, dan
matikanlah aku dalam keadaan beriman dan masukkanlah aku ke syurga dalam
keadaan beriman.
Allaa-hummagh firlii zunuubii
waliwaa lidayya, warham humaa kamaa rabbayaanii saghii-raa, walijamii’il
muslimii na-wal muslimaat, wa mu’-minii na-wal mu’minaat, al ahyaa-I minhum wal
amwaat.
Ya Allah wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku dan
cucurkalah rahmat kepada kedua-duanya sebagaimana mereka membela aku semasa aku
masih kecil, dan ampunkanlah dosa semua orang-orang Islam lelaki dan perempuan
dan semua orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan.
Rabbii laa tuzigh quluubii ba’-da
iz-hadaitanii wahablii mil-ladunn-ka rahmah, in-naka antal wahhaab.
Ya Allah wahai Tuhan kami, janganlah kiranya Tuhanku pusingkan imanku
sesudah Tuhanku kurniakan kepadaku pertunjuk. Anugerahkanlah kepadaku rahmat
kerana bahawa sesungguhnya Tuhanku Maha Pengurnia.
Allaa-humma in-nii a-‘uu-zubika
minal syak-ki wasy-syir-ki, wa-a-‘uu-zubika mi nal kufri wan-nifaaq,
wa-a-‘uu-zubika min suu-il akh-laaqi, wa suu-il man-zhari wal munn-qalabi fil
maali wal ahli wal-walad.
Ya Allah wahai wahai Tuhan kami, aku berlindung denganMu daripada syak
wasangka dan mempersekutukanMu, daripada kufur tidak percaya atau beriman
pura-pura dan aku mohon juga daripadaMu perlindungan dari akhlak yang buruk,
pandangan dan hati yang jahat, pada keluargaku dan pada anak-anakku sekalian.
Allaa-humma tawwil umurii, wa
sah-hih jasa-dii, wanawwir qalbii, wa tsab-bit iimaanii, wa ahsin a’-maalii
wawas-si’ rizqii, wa i-lal khay-ri qarribnii, waminasy-syarri ab-‘idnii,
waq-dhi hawaa ijii fiddiini wad-dunyaa wal-aa-khirah.
Ya Allah wahai Tuhan kami,
panjangkanlah umurku, sihatkan tubuh badanku, terangkan hatiku, murahkan
rezekiku, hampirkan diriku kepada kebaikan, sebaliknya jauhkan diriku daripada
kejahatan, tunaikan segala hajatku mengenai urusan agama, di dunia dan akhirat.
Allaa-humma in-nii a-‘uu-zubika
min zawaali ni’-matika, watahau-wuli ‘aa-fiyatika, wafaj-a-ti niqmatika,
wajamii-‘i sa-kho-tik.
Ya Allah wahai Tuhan kami, aku
berlindung denganMu daripada kehilangan nikmat dan daripada tubuh badan tidak
sihat dan daripada timpaan bala percubaan yang datang mengejut dan daripada
kemurkaan Tuhanku.
Allaa-humma in-nii a-‘uu-zubika
minal ham-mi walhazan, wa-a-‘uu-zubika minal ‘aj-zi walkasal, wa-a-‘uu-zubika
minal-jubni wal-bukh-li, wa-a-‘uuzubika min ghalabatid daini waqah-rir-rijaal.
Ya Allah wahai Tuhan kami, aku
berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, aku mohon
perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, daripada perasaan takut
dan kedekut, daripada desakan berhutang dan paksaan orang.
Allaa-humma in-nii a-‘uu-zubika
min juhdil balaa, wadar-kisy-syaqaa, wasuu-il qadhaa, wa syamaa-tatil a’daa, wa
‘u-dhaa-lid-daa, wa khaibatir-rajaa.
Ya Allah wahai Tuhan kami, aku
berlindung denganMu daripada melampau-lampau mendapat bala, daripada
berpanjangan mendapat kecelakaan dan tidak baik kesudahan. Juga aku mohon
perlindungan daripadaMu daripada kegembiraan orang-orang yang membenci aku atas
kekecewaanku, dan aku mohon perlindungan juga daripada menghidapi penyakit dan
hampa harapan.
Allaa-humma laatada’ lii zamban
il-laa ghafartah, walaa hamman il-laa farrajtah, walaa dharran il-laa
ka-syaf-tah, walaa dainan il-laa qa-dhy-tah, walaa haajatan min hawaa
ijiddunyaa wal aa-khirati il-laa qa-dhay-tahaa birah matika yaa arhamar
raahimiin.
Ya Allah wahai Tuhan kami, tidak
kiranya hinggap (terbeban) satu dosa kepadaku melainkan semoga Engkau ampuni.
Tidak tertimpa akan daku walau apa juga kemudharatan melainkan semoga Engkau
hapuskan, tidak terhutang walau satu hutang melainkan semoga Engkau
menjelaskan, tidak timbul barang satu hajat dari diriku sama ada hajat yang
mengenai hal-hal dunia atau akhirat melainkan semoga Engkau tunaikan, mohon
limpah rahmatMu jua ya Allah Tuhan sebaik-baik yang memberi rahmat.
Alla-humma in-nii as aluka
muujibaati rahmatika wa’azaa ima magh-fira tika wassalaa-mati minn
kulli it-mi wal ghanimata minn
kulli birrin, wal fauza biljannati wan-najaati minan-naar.
Ya Allah wahai Tuhan kami, aku
mohon kepadaMu segala sebab-sebab yang boleh menolong mendapatkan rahmatMu dan
keampunanMu, terselamat daripada dosa sebaliknya berbahagia mendapat syurga
serta terselamat daripada neraka.
Rabbanaa aa-tinaa fiddunyaa
hasanah, wafil aa-khirati hasanah, waqinaa ‘azaaban-naar
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah
kami kebaikan dalam dunia ini dan juga dalam akhirat dan peliharakanlah kami
daripada azab neraka.
Wasallalaahu ‘alaa say-yidinaa
Muhammad, wa ‘alaa aa-lihi wasahbihii wasallam, walhamdu lillaahi rabbil
‘aa-lamiin.
Barang dicucuri rahmat dan
sejahtera atas junjungan kami nabi Muhammad berserta keluarga dan
sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji itu bagi Allah Tuhan pentadbir
seluruh alam.
No comments:
Post a Comment