Namanya al-Abbas bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf al-Qurasyi.
Bapa saudara nabi saw, Abu Fadhl. Ibunya bernama Natilah binti Janab bin Kalb.
Beliau lahir dua tahun sebelum rasulullah saw dilahirkan. Pada zaan jahiliyah,
beliau menguasai siqayah dan imarah (memberi minum dan menjaga Baitullah
al-Haram). Beliau menghadiri perjanjian Aqabah bersama golongan Ansar sebelum
memeluk Islam. Beliau turut menyertai peperangan Badar di sebelah pihak
Musyrikin.
Beliau termasuk salah seorang yng ditawan kemudian ditebus oleh anak
saudaranya Aqil bin Abi Talib dan kembali ke kota Mekah. Dikatakan beliau telah
memeluk Islam tetapi menyembunyikan daripada kaumnya. Beliau menulis surat
kepada nabi saw menceritakan rancangan orang Mekah untuk menyerang Madinah
dalam peperangan Khandak.
Kemudian beliau berhijrah sebelum pembukaan kota Mekah seketika. Menghadiri
pembukaan kota Mekah dan peperangan Hunain. Rasulullah saw pernah bersabda yang
bermaksud : Siapa yang menyakiti Abbas
sesungguhnya menyakitiku, kerana sesungguhnya dia adalah bapa saudara.
Rasulullah saw juga pernah memuji al-Abbas dengan bersabda yang bermaksud :
Inilah Abbas, sepemurah Quraisy dan
paling kuat menjaga silaturahim. Justeru, para sahabat mengiktiraf
kelebihan Abbas, bermesyuarat dengannya dan mengambil buah fikirannya.
Meninggal di kota Madinah pada bulan Rejab atau Ramadan, tahun 32 Hijrah.
Antara sifat-sifatnya, beliau seorang yang tinggi, tampan dan putih warna
kulitnya.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment