Esei 2
Halakan kamera kita ke arah kapal
nabi Nuh as yang sepanjang waktu di sisi kita, dengan pelbagai muatan yang
meriah; kerang laut, tapak sulaiman,
udang karang, ampai-ampai, beluncas, kupu-kupu, tebuan, tupai, arnab, unta,
kuda belang, zirafah, badak sumbu, gajah, jerung dan pari, katak dan kodok,
neut dan bengkarung, cicak dan buaya, penyu dan labi-labi, ikan lumba-lumba dan
paus, anjing laut dan singa laut, burung penguin dan beruang kutub, burung
balatuk, helang dan rajawali, platipus dan tenggiling yang bertelur, siamang
dan orang utan, harimau bintang dan harimau kumbang, anjing dan kucing, lembu
dan kambing.
Ayam dan ituk, dan tikus…..anak-anak saya akan mencelah, mereka
sukakan binatang; tetapi saya akan berkata : Dunia ini indah, tetapi berapa ramai manusia yang benar-benar dapat
melihat dan menghayatinya?
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment