Dua syarat
pembangunan : akademik dan ekonomi
Sifat jujur mencari kebenaran memang ada pada Tuk Kenali. Di kala itu ketokohan
Dr Sun Yet Sen sebagai pembangun kemajuan bangsa cina terdengar di mana sahaja.
Tanpa segan silu Tuk Kenali mencabar orang-orang Melayu agar bangun berperanan
seperti tokoh itu atau mengatasi bagi membaiki kepincangan. Dalam seruan di
Pengasuh (terbitan 7 September 1918) antara lain beliau menulis:
Ayuhai ahli Semenanjung
Tanah Melayu, marilah kita muafakat menjadi satu kalimah (dasar – P) supaya
mudah kita buat kerja tolong menolong dan tiada berhajat kita kepada seumpama
Dr Sun Yet Sen Melayu yang menyerukan kita kepada ittifaaq (sepakat –P) dan
berjinak-jinak; kerana saya lihat tiada ada yang boleh jadi seperti Dr Sun Yet
Sen berhajat kepada alim dan harta.
Maka dua sifat ini hendak
berhimpun pada satu orang daripada masa kita ini sangat payahnya. Setengah alim
tiada harta dan setengahnya tiada harta dan tiada alim dan di antara ahli harta
dengan ahli alim sangat berkhilaf tujuan.
Ahli harta siang dan malam
memikir apa jalan yang boleh jadi hartanya bertambah dan ahli alim siang dan
malam mencari jalan kebaikan dunia dan akhirat.
Wallahu a’lam.
20 sikap dan pandangan Tuk
Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988
No comments:
Post a Comment