kuluah perasaan dalam sendu
terlalu banyak aku mengadu
tentang duga, noda dan nafsu
masa memang curiga-cemburu
semalam dia pergi meninggalkanku
lama aku mendakap erat
tiada janji
adakah akan kutemui lagi
sendiri masih keliru
aku rancu-rindu
sambil melambai dia berpesan
aku bakal bertemu Syawal
kata Ramadan kepadaku
tenang dan raikanlah kemenangan.
Pagi ini
aku menjabat senyumanmu
Syawal
temanmu Ramadan
masih wangi dalam ingatan.
WB Renda
Johor Bahru
BH 11 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment