Mengaku salah jika
bersalah
Pada suatu masa Tuk Kelaba, seorang alim dari Petani melawat ke Kelantan.
Sewaktu memasuki Masjid Besar Muhammadi pada hari Jumaat, kedengaran beliau
bersyair : Ramailah kelihatan lelaki
mulia, nampak kepadaku dalam Masjid Al-Haram.
Lalu Tuk Kenali pun mencelah : Ayah!
Saja’ syair ini janggal sedikit berdasarkan pandangan tuan guru sya ( Wan Ahmad
Petani) dan di dalam kitab Al-Quran pun tiada bunyi-bunyi yang bersaja’ begitu.
Tidak lama di Kelantan, Tuk Kelaba pun pulang ke Petani. Beliau seorang
alim yang memahami sesuatu ilmu pengetahuan dengan cermat sekali. Di tepi-tepi
kitabnya penuh dengan catitan-catitan belaka. Dia segera membalik-balikkan
lembaran Quran untuk memastikan perkataan Tuk Kenali itu. Beliau bersegera ke
Kelantan sebaik sahaja penemuan diperolehinya.
Tuk Kenali segera mengaku kesalahannya. Kesalahan
ini memanglah suatu keterlanjuran saya sendiri. Tuan telah menuntut di kota
suci Makkah selama 5 tahun sahaja ( tidak terlanjur) tetapi saya telah
berlindung di bawah lindungan Ka’bah tak kurang dari 22 tahun
Wallahu a’lam.
20 sikap dan pandangan Tuk
Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988
No comments:
Post a Comment