Wednesday, August 14, 2013

Doa seputar Maghrib



a) Selepas Azan

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon padaMu ketika menerima malamMu dan meninggalkan siangMu, menghadiri sembahyangMu dan suara para penyeruMu agar Engkau kurniakan kepaa nabi Muhammad saw, pengantaraan, kelebihan, kemuliaan dan darjat yang tinggi dan mulia. Dan bangkitkannya pada tempat yang terpuji yang Engkau janjikannya, wahai Tuhan yang Amat Penyayang.

b) Setelah solat sunat Pengiring Maghrib

Selamat datang para malaikat malam. Selamat datang dua malaikat jurutulis yang mulia. Catatkan pada buku daftarku bahawa sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu hambaNya dan rasulNya.

Dan aku naik saksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kolam itu benar, syafaat itu benar, titian itu benar dan timbangan itu benar.

Dan aku naik saksi bahawa kiamat itu benar, pasti tiba, tiada ragu padanya dan bahawa Allah membangkitkan mereka yang di dalam kubur.

Ya Allah! Sesungguhnya aku tinggalkan padaMu kesaksian ini untuk suatu hari yang aku memerlukannya. Ya Allah! Gugurkanlah dengannya kesalahanku dan ampunilah dengannya dosaku dan beratkanlah dengannya timbanganku, laksanakanlah dengannya segala cita-cita dan maafkanlah daku wahai Tuhan yang Amat Penyayang.

Hidayah Salikin
Abdul Ghani Jabal Maraqy.

No comments:

Post a Comment