Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun pada pagi ini
keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepadaMu sesuai
dengan firmanMu yang Mulia: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan
matiku semata-mata hanya untukMu Allah.
Kami merafakkan rasa syukur
kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk sekian kalinya ke majlis yang
seperti ini.
Ya Allah Ya ‘Aziz Ya Sattar Ya Fa’alullima
yurid
Kami hayati suasana pagi ini atas
landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat suci dan prinsip
keikhlasan. Berpegang kepada agama nabi junjungan kami nabi Muhammad saw yang
juga agama ayahanda kami nabi Ibrahim ‘alaihissalam dengan setulus hati. Dan
nabi Ibrahim bukan seorang musyrikin.
Ya Allah Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar
Sejahterakanlah tubuh badan kami,
sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami.
Perbaikilah urusan agama kami
kerana ia adalah pengawal kehidupan kami. Perbaikilah urusan dunia kami kerana
di sinilah kami menjalani kehidupan kami. Perbaikilah urusan akhirat kami
kerana di sanalah kami akan dikembalikan. Dan jadikanlah kematian kami satu
kerehatan daripada sebarang kejahatan.
Ya Allah Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi
Berkatilah usaha-usaha kami
mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) mutu dan tahapnya akan mencapai
kecemerlangan sehingga kami dapat memberi sumbangan yang positif dan bermakna
ke arah memajukan pendidikan negara yang tercinta.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram
Ya Allah kurniakanlah kepada kami
kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah lembut dan
muliakanlah kami dengan ketakwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan
kesihatan.
Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab
Jadikanlah perhimpunan kami ni Ya
Allah sebagai perhimpunan yang diberkati dan jadikanlah perpisahan kami selepas
ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
Aameen.
No comments:
Post a Comment