Melayu tidak perlu
ubah namanya
Melihatkan umat Melayu mundur dalam banyak segi, ada pihak yang meletakkan
sebabnya oleh semangat yang dibawa oleh perkataan Melayu itu sendiri. Me + layu (melayu : bukan bererti menghidup; tetapi sebaliknya). Di
samping itu ada pula pendapat menyatakan perkataan Melayu itu berasal daripada
bahasa Jawa yang bererti lari.
Dalam makallahnya berjudul Kalimah
Melayu, dalam majallah Al-Hidaayah
(1923) Tuk Kenali kurang bersetuju untuk mengubah perkataan Melayu. Menurutnya
perubahan itu tidaklah bererti tetapi yang perlu ialah mengubahkan sikap dan
fa’il laku orang Melayu sendiri dengan mengubah pelajaran dan kepandaian. Malah
beliau mengalih pandangan kepada bangsa Jepun yang telah maju sebab mengubah
nasib sendiri, sedangkan mereka tidaklah mengubah nama bangsa. Jepun masih
disebut Jepun, keperibadian bangsa itu tidaklah berubah.
Tuk Kenali menafikan hakikat orang Melayu itu malas dan lemah. Buktinya ada
yang memikul jawatan yang pada biasanya dipikul oleh dua tiga orang. Ini diakui
oleh orang Eropah sendiri.
Seterusnya dalam tajuk Kenyataan dan
pengharapan yang besar dalam Pengasuh
(terbitan 21 September, 1918) beliau menulis :
Adakah Melayu itu umat yang
hidup? Apabila bertiuplah atas mereka itu angin seruan, nescaya bernyawalah
mereka itu dengan nafas yang panjang, kerana sedar mereka itu bahawa dirinya di
dalam kekurangan daripada serba serbi. Maka menyegera mereka itu menyempurnakan
kekurangan yang sudah ada dan mengadakan barang yang tiada ada, istimewa pula
pada masa ini sangatlah berhajat kepada bertulung-tulung di antara satu dengan
lain pada mendirikan kewajipan agama dan kemanusiaan.
Wallahu a’lam.
20 sikap dan pandangan Tuk
Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988
No comments:
Post a Comment