Abu Bakar al-Siddiq, namanya Abdullah bin Abi Quhafah, sahabat rasulullah
saw di Gua Thur dan teman hijrah ke Madinah. Beliau merupakan lelaki pertama
yang memeluk Islam. Khalifah yang pertama selepas wafat rasulullah saw. Beliau
merupakan seorang yang suka menangis apatah lagi ketika solat sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Aisyah. Seorang yang bersifat dermawan dan terbukti dalam peperangan
Tabuk di mana beliau menginfaqkan semua hartanya pada jalan Allah SWT.
Meninggal dunia pada tahun 13 Hijrah di Kota Madinah dan dikebumikan
berhampiran rasulullah saw.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment