Nama sebenarnya ialah Sa’d bin Malik bin Sinan al-Khazraji al-Ansari, Abu
Said al-Khudri. Al-Khudri dinisbahkan kepada perkampungan Khudrah daripada
perkampungan Ansar sebagaimana di dalam al-Qamus. Beliau dan ayahnya adalah
sahabat rasulullah saw. Beliau tidak menyertai peperangan Uhud disebabkan masih
kecil. Menyertai peperangan selepas Uhud sebanyak 12 peperangan bersama
rasulullah saw. Beliau juga meriwayatkan hadis iaitu 1170 hadis dan berfatwa.
Usianya mencecah 86 tahun. Ulama telah khilaf tarikh kematiannya, ada yang
menyatakan beliau meninggal dunia di kota Madinah pada tahun 63,64 atau 65
Hijrah dan ada yang mengatakan pada tahun 74 Hijrah.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment