Abu Bakrah namanya ialah Nufai’ bin Masruh. Dikatakan juga bin al-Harith.
Abu Bakrah pernah berkata: Aku ialah
maula rasulullah saw dan beliau enggan dinisbahkan kepada sesiapa. Beliau
pernah berada di benteng Taif ketika rasulullah saw mengepungnya bersama jamaah
di kalangan pemuda ahli Taif dan memeluk Islam. Kemudian rasulullah saw
memerdekakannya.
Beliau termasuk di kalangan sahabat yang lebih. Ibn Abd al-Bar berkata: Beliau sama seperti al-Nadhar bin Ubadah. Meninggal
di Kota Basrah pada tahun 51 atau 52 Hijrah. Anak-anaknya memegang jawatan yang
besar di Basrah dan mempunyai ilmu. Beliau masyhur dengan gelarannya.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment