Hidup ini sesingkat senja
sesingkat azan dan iqamat
ketika matahari diri terbenam
sebelum menjenguk Maghrib
sebelum tilam malam dibentang
Senja yang tiba
membawa seribu makna
dalam kehidupan seorang pesara
apakah masih bermimpi lagi
mentari esok belum tentu
menjelma.
daripada sebuah kehidupan petang
yang begitu banyak terbuang
di bangku tunggu
melihat begitu banyak perubahan
sehingga kita terasa lelah
untuk menghitungnya.
Hidup ini sesingkat senja
sebelum sempat mengadu
sakit sengal yang bertandang
sebelum merebahkandiri
untuk sebuah tidur yang panjang.
Shapiai Muhammad Ramly
Batu Pahat, Johor
BH, 4 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment