Thursday, August 22, 2013

Soalan



a) Mengaktifkan

* Ada sesiapa yang ingin berkongsi dapatan / jawapan penyelesaian?
* Sila angkat tangan bila kamu bersedia untuk berkongsi penyelesaian
* Apa yang kamu dapat? Apa yang kamu fikirkan?
* Sila bersedia untuk menerangkan penyelesaian yang kamu dapat
* Sila terangkan kepada kelas bagaimana kamu dapati jawapan….
* Bagaimana kamu memulakan menjawab soalan ini
* Apa yang telah kamu jumpa setakad ini?
* Angkat tangan sekiranya kamu ada idea lain
* Ada tak sesiapa yang guna kaedah lain?

b) Mencungkil pemikiran

* Terangkan apakah yang kamu buat setakad ini? Apa lagi yang perlu kamu lakukan?
* Bagaimana kamu tahu?
* Kenapa kamu….?
* Bagaimana kamu dapat idea sebegitu?
* Boleh tak kamu ulang apa yang kamu cakap tentang…..?
* Jadi apa yang kamu katakana ialah…..
* Bila kamu cakap….kamu maksudkan…..
* Boleh tak kamu terangkan sedikit lagi apa yang kamu fikirkan
* Boleh tak kamu terangkan dengan cara lain?
* Apa yang kamu perhatikan apabila…..?

c) Bantu meneruskan penyelesaian

* Cuba terangkan masalah ini menggunakan ayat kamu sendiri
* Apa fakta yang kamu ada?
* Bolehkah kamu cuba dengan nombor yang lebih mudah? Kurang bilangan nombornya? Menggunakan garis nombor?
* Kamu rasa boleh lukis rajah tak? Atau lukis gambar?
* Boleh kamu teka dan semak?

Bahan Sumber KBAT
PISA, KPM

No comments:

Post a Comment