Friday, August 23, 2013

Pemikiran Tuk Kenali ( 12 )



Seruan supaya mengikut syara’

Dalam suatu makallahnya bertajuk Menjernihkan Kekeruhan, yang termuat dalam majallah Pengasuh ( terbitan 3 Ogos 1918) beliau mengatakan :

......maka sayagialah akan kita menurut nasihat yang muafakat dengan syara’ atau pun tiada melawan syara’ dan sayagia bagi kita membuat pekerjaan yang menunjukkan bahawa kita ini daripada bangsa yang baik dan tiada tersunyilah atas orang-orang yang melawat negeri yang lain-lain daripada negeri kita ini, mendapati mereka itu akan peraturan atau adat negeri kita, ada berlainan dengan peraturan  adat negeri-negeri yang lain, iaitu pada pihak pakaian dan adat bercampur dan lainnya, pada hal mereka itu bercampur dengan ulama-ulama, nampaknya ada terkurang sedikit daripada negeri kita.

Maka jikalau kita tiada boleh tinggi daripada mereka itu janganlah pula kita terbawah daripadanya, dan sekurang-kurangnya bersamaan dengan mereka itu.

.....maka yang diharap daripada Tuhan bahawa adalah perubahan yang baik itu bertambah-tambah ia daripada satu kepada satu, hingga sampai kepada maqaam yang dituntuti oleh syara’ iaitu pada zahir dan batin kita, wassalam.

Wallahu a’lam.

20 sikap dan pandangan Tuk Kenali
Abdullah Al-Qari, 1988

No comments:

Post a Comment