Bulan-bulam Haram dalam Islam
ialah bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Sabda nabi saw : Puasa satu hari daripada bulan-bulan haram
itu, terlebih afdal daripada tiga puluh hari daripada bulan-bulan yang lain.
Dan puasa sehari pada bulan Ramadan itu adalah lebih afdal daripada tiga puluh
hari daripada bulan-bulan haram.
Sabda nabi saw lagi : Sesiapa yang berpuasa tiga hari daripada
bulan-bulan haram iaitu pada hari khamis, jumaat dan sabtu, nescaya disuratkan
Allah Taala baginya dengan setiap hari itu ibadat tujuh ratus tahun.
Dan yang lebih afdal daripada
empat bulan itu ialah bulan Muharam kerana sabda nabi saw : Puasa yang terlebih afdal selepas bulan
Ramadan itu ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharam.
Wallahu ‘alam.
Hidayah salikin
Syeikh Abdul Samad al-Palimbani
Ya Allah tuntunlah kami. Anugerahkan kami kebenaran dalam percakapan
dan perbuatan kami. Aameen Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment